JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 31 Ogos 2013

KEMBARA DAKWAH MALAM MERDEKA DI TELUK INTAN



TELUK INTAN, 30 Ogos - Menyedari bahawa PAS juga merupakan sebuah parti yang menjunjung dakwah dan tarbiyyah, maka satu usaha dakwah telah dilakukan pada malam sambutan ambang merdeka. Usaha murni tersebut telah dilakukan  di Menara Condong Teluk Intan dekat sini.

Kembara dakwah tersebut diusahakan dengan kerja sama pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan. Ia melibatkan lebih dua puluh orang tenaga dengan melakukan aktiviti pengedaran risalah kepada pengunjung malam sambutan merdeka.

Taklimat disampaikan sebelum bermula.
Pengagihan risalah secara berkumpulan.

Sebelum itu, satu taklimat disampaikan dan diikuti dengan pembentukan dan pengagihan risalah supaya operasi berjalan dengan lancar. Tema risalah ialah tentang penjagaan aurat, pergaulan dalam Islam, penjagaan solat dan sebagainya. Selepas itu, setiap kumpulan telah bergerak mengikut kawasan yang telah ditetapkan. 






Salah seorang pengunjung sedang membaca bahan risalah Kembara Dakwah.

Sambutan yang diberi oleh para pengunjung malam merdeka begitu baik apabila diberikan risalah. Kelihatan beberapa orang pengunjung membaca risalah yang diberi sementara menunggu detik 12.00 malam. Para pemuda PAS begitu bersemangat melaksanakan tugas dakwah itu walaupun suasana pada malam itu hujan renyai.

intanhijau.blogspot.com

Isnin, 26 Ogos 2013

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TELUK INTAN MENDAPAT KETUA BAHARU



TELUK INTAN, 25 Ogos - Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan (DPPKTI) telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-31 baru-baru ini. Mesyuarat telah diadakan di sebuah restoran dekat sini.

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk), Sdr. Aidil Adam. Sebelum itu, ucapan telah disampaikan oleh Sdr. Rahmat Maliki selaku wakil PAS Kawasan Teluk Intan.

Sdr. Aidil menyampaikan ucapan perasmian.

Mantan ketua, Ustaz Abdul Fatah Awang menyampaikan ucapan aluan.
Perwakilan yang hadir adalah dari cawangan-cawangan di seluruh kawasan Teluk Intan.

Mesyuarat agung tahunan kali ini juga melibatkan pucuk pimpinan DPPKTI yang baharu bagi sesi 2013-2014. Pemilihan telah dilaksanakan dengan lancar sekali dan penuh keharmonian yang menyaksikan jawatan bagi Ketua dan Timbalan Ketua DPPKTI telah dibuat secara syura manakala jawatan Naib Ketua dan lapan orang ahli jawatankuasa DPPKTI telah dipilih dengan cara pengundian yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai oleh Sdr. Mohamad Hamzah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan.

Sdr. Mohamad mengedarkan borang pemilihan.
Sebahagian perwakilan pemuda yang hadir.
Bagi sesi ini, Ustaz Abdul Fatah Awang tidak mempertahankan jawatan ketua kerana beliau telah melebihi had umur ahli pemuda.

Jawatan Ketua DPPKTI kini telah disandang oleh Ustaz Rijal Abu Bakar dan Timbalan Ketuanya disandang oleh Ustaz Firdausi Muhammad. Manakala jawatan yang dipertandingkan iaituNaib Ketua telah dimenangi oleh Ustaz Mohd. Lotfi Samsudin  dan lapan orang ahli jawatankuasa DPPKTI yang telah dipilih ialah Aiman Tarmizi, Shahrul Iman, Nahar Azmi, Nazir Yusuf, Azrul Abd. Razak, Najib Md. Noor, Faizal Abd. Rahman dan Ismail Adnan.
Ketua DPPKTI yang baru, Ustaz Rijal menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan ketua, Ustaz Fatah.

Di penghujung mesyuarat pihak DPPKTI telah menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan ketuanya, Ustaz Abdul Fatah Awang yang telah menerajui sayap kanan PAS beberapa sesi yang lepas.

intanhijau.blogspot.com

Sabtu, 24 Ogos 2013

HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MESIR DI TELUK INTAN



TELUK INTAN, 23 Ogos - Pergolakan di Mesir nampak tiada penghujungnya malahan pihak kudeta melalui tentera Mesir masih lagi melakukan kezaliman terhadap rakyat Mesir yang menuntut dikembalikan pemerintahan Islam melalui Dr. Mursi.

Maka atas dasar persaudaraan sesama Islam dan kemanusiaan warga Teluk Intan telah mengadakan satu himpunan aman di pekarangan Masjid Sultan Idris II atau dikenali Masjid Daerah. Himpunan tersebut telah dilakukan selepas solat fardhu Jumaat.

Sebelum itu, khutbah Jumaat pada hari itu adalah berkisar tentang apa yang berlaku di Mesir dan kaitannya dengan perancangan Yahudi. Qunut nazilah juga turut dibacakan di dalam solat Jumaat.



Himpunan aman tersebut telah berjaya menarik kehadiran ramai para jemaah sebaik sahaja selesai solat. Ia telah diisi dengan ucapan-ucapan bersemangat oleh beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan. Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Mobilisasi Demokrasi, Hj. Abdul Rahim Nordin yang juga merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Tapah.


Selain itu, orang ramai juga telah mengangkat plakad antaranya tertulis "Pray For Egypt", "Hentikan Pembataian Rakyat Mesir", "Ya Allah, Selamatkan Rakyat Mesir", "Kami Sokong Ikhwanul Muslimin", "Bring Back Morsi" dan sebagainya.

Kemudian, himpunan aman tersebut telah diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.

intanhijau.blogspot.com

Rabu, 7 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI DARI PAS KAWASAN TELUK INTAN




TELUK INTAN, 06 Ogos - Ramadhan semakin menutup tirai maka Syawal bulan kemenangan bakal menjelma. Semoga tarbiyyah yang diterima di sepanjang bulan Ramadhan dapat memberikan sesuatu yang berharga kepada setiap umat Islam.

Wan Hashim @ Nizar
Bagi seorang pengamal media baharu facebook yang digelar Wan Hashim @ Nizar, Ramadhan diharap dapat meningkatkan semangat berjuang memartabatkan Islam dalam jiwa setiap ahli PAS.


Bagi seorang aktivitis PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Sulaiman Abdulah, Syawal memberi peluang umat Islam mengucapkan kesyukuran kepada Allah atas kemenangan mengekang hawa nafsu. Beliau juga berharap agar Allah memberikan peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan.


Hj. Mohd. Azam bin Yusuf, pengedar Harakah di Teluk Intan pula mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pembaca Harakah di sekitar Teluk Intan, Bagan Datoh dan Chenderong Balai.


Bagi Pemangku Ketua PAS Cawangan Seri Setia, Hj. Ahmad Shaharuddin Ramli, menngucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam.

Selain itu, sebahagian besar pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada umat Islam.

Bagi Sdr. Aamir, ahli jawatankuasa PAS kawasan, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli PAS serta para penyokong PAS di seluruh Teluk Intan.


Bagi Hj. Abidin Sharif, Penolong Setiausaha PAS kawasan, berharap Idil Fitri akan disambut dengan jelmaan ruh tarbiyyah Ramadhan yang telah dilalui. Beliau juga berharap berlaku peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan perjuangan Islam.


Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei berharap sambutan Syawal diambil kesempatan untuk saling bermaafan antara satu sama lain. Beliau turut berharap tarbiyyah Ramadhan kali ini dapat melahirkan para pejuang yang beroleh ketaqwaan kepada Allah.


Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang pula berkata 'Eidul Fitri' yang bermaksud kembali kepada fitrah adalah merupakan satu simbolik hasil tarbiyyah Ramadhan al Mubarak. Beliau berharap umat Islam menjadikan Eidul Fitri sebagai medan muhasabah diri setakat mana kejayaan diri dalam memenuhi tuntutan agama.

"Saya mewakili DPPKTI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada para pemuda Islamndi kawasan Teluk Intan. Kepada perantau, diucapkan selamat pulang dan berhati-hati di jalan raya. Maaf zahir dan batin," tambah beliau lagi.


Bagi mantan ADUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Anuar Sudin, berharap tarbiyyah Ramadhan akan menjadikan umat Islam sebagai hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum Ramadhan.

"Saya mengambil kesempatan menjelang Syawal ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada muslimin dan muslimat khususnya kepada ahli-ahli PAS di seluruh cawangan di dalam kawasan Teluk Intan. Semoga dapat mengekalkan ketaqwaan dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya setelah kita meninggalkan Ramadhan," tambah beliau yang juga merupakan Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan.


Akhir sekali, Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik, berharap semoga madrasah Ramadhan yang meberikan latihan selama sebulan akan mengembalikan umat Islam kepada keadaan fitrah iaitu asal kejadian dan seterusnya pada hari mendatang sebagai seorang yang bertaqwa yang patuh kepada ajaran al Qur'an dan ajaran Nabi akhir zaman.

"Sempena Hari Raya Fitrah yang barakah ini, saya bagi pihak PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam di Teluk Intan," tambah beliau.