JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 31 Disember 2013

APA LAGI YANG AKAN NAIK TAHUN 2014


Dalam usaha mengawal kadar defisit negara, kerajaan bertindak mengurangkan subsidi untuk beberapa barang utama.

Kesan daripada langkah ini dinamakan kerajaan sebagai "kesakitan jangka masa pendek yang perlu" untuk kesihatan kewangan jangka panjang negara.

Namun, kenaikan-kenaikan ini mewujudkan kesan lata yang mengakibatkan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan lain.

Sehingga kini, berikut adalah barang-barang yang telah naik harganya:

1) Petrol RON95 - Naik daripada RM1.90 kepada RM2.10 seliter bermula 3 September.

2) Diesel - Naik daripada RM1.80 kepada RM2.00 seliter bermula 3 September.

3) Gula - Naik daripada RM2.50 ke RM2.84 sekilogram bermula 25 Oktober.

Sekali imbas, apalah yang perlu dirisaukan dengan kenaikan cuma tiga barang ini. Tetapi, ada lagi yang naik tahun depan.

Apa lagi yang naik?

1) Kadar tol lebuhraya
Kerajaan memberi gambaran bahawa kadar tol lebih tinggi akan dikenakan, tetapi masih mencari mekanisme untuk memastikan impak yang minimum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan perlu membenarkan kenaikan kadar tol mengikut perjanjian dengan pemegang konsesi lebuhraya.

Menurut laporan, kadar tersebut dijangka meningkat antara RM0.30 dan RM1, melibatkan 13 lebuhraya.

2) Tambang teksi, bad dan tren
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa tambang tren LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dinaikkan.

SPAD juga sedang mengkaji semula kadar tambang bas dan teksi. Persatuan Teksi Johor mendedahkan bahawa peningkatan kadar tersebut akan berkuatkuasa pada Februari.
Persekutuan Persatuan Bas Sekolah juga memberi petunjuk bahawa surcaj tambahan 40 peratus akan dikenakan ke atas tambang bas bermula tahun depan.

3) Tarik elektrik

Bermula Januari 2014, tarif elektrik di semenanjung Malaysia akan meningkat 15 peratus, dari RM33.54 kepada RM38.53 setiap kilowatt dan peningkatan 16.9 peratus di Sabah dan Labuan - dari RM29.52 kepada RM34.52 setiap kilowatt.
 
malaysiakini

Ahad, 29 Disember 2013

PAS TELUK INTAN ANJUR KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BERKESAN



TELUK INTAN, 29 Disember - Lujnah Pemerkasaan Parti PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Berkesan baru-baru ini. Kursus telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Sebahagian daripada peserta yang hadir.
Menurut pengerusi lujnah, Sdr. Rahmat Maliki, antara objektif tersebut ialah untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada pimpinan di peringkat cawangan tentang hal berkaitan pengurusan parti seperti pengurusan mesyuarat, kewangan, program dan sebagainya. Oleh itu, pihak lujnah telah menjemput wakil-wakil cawangan di kawasan tersebut hadir. Di samping itu, sayap parti seperti Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS turut dijemput hadir.

Ustaz Misbah sedang membentangkan kertas kerja.
Kertas kerja telah dibentangkan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak dan perasmian penutupan telah dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak, Hj. Noh bin Ahmad.
Hj. Noh Ahmad merasmikan penutupan kursus.
Di dalam ucapan, Hj. Noh menekankan tentang peranan PAS cawangan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah penjagaan kebajikan ahli, menguasai masjid atau surau, membanyakkan PASTI dan memperkasakan UPU atau cawangan di samping berusaha menambah bilangan ahli parti dengan sasaran setiap UPU mempunyai 30% daripadanya terdiri daripada ahli PAS.

Sebelum itu, pihak lujnah turut membentangkan kertas kerja berkaitan program-program mudah yang boleh dibuat di peringkat cawangan. Ia adalah sebagai panduan kepada pihak cawangan untuk merangka takwim tahunan.

intanhijau.blogspot.com

Sabtu, 28 Disember 2013

PAS SERTAI himpunan TURUN



KUALA LUMPUR: PAS bersedia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan menjelang tahun baru akan datang sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan seterusnya. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (gambar) melihat himpunan yang akan diadakan pada malam 31 Dis anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menegaskan selepas Himpunan Turun itu, PAS akan terus menyokong mana-mana himpunan yang diadakan selepas itu, sekiranya bersesuaian dengan perjuangan PAS.

Sebagai contoh, katanya PAS akan sama-sama menggerakkan Himpunan Bantah GST yang dirancang diadakan pada Hari Buruh, 1 Mei akan datang.

"Selepas Himpunan Turun, kita akan ada pula Himpunan Bantah GST. Antara masa-masa tersebut, akan ada program-program yang diatur bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai Penggerak Mobilisasi PAS dengan kerjasama NGO lain," tegas beliau.

Dalam pada itu, Dr. Hatta melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak tertentu yang cuba melabelkan himpunan malam 31 Dis itu sebagai kononnya himpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Biarpun tidak tahu-menahu sekiranya ada gerakan yang akan mengadakan himpunan sedemikian (guling kerajaan), Dr. Hatta berkata Pakatan Rakyat dan NGO Turun tiada kaitan dengan himpunan tersebut.

"Semua tahu, Himpunan Turun itu bertujuan untuk membantah pesta kenaikan barangan dan perkhidmatan.  Berhimpun secara aman. Tidak timbul isu guling kerajaan, bukan tujuan pun. 

"Jadi, janganlah kerajaan bersikap antagonistik sangat apabila rakyat berhimpun dengan aman. Kita hanya nak bersuara menyatakan bantahan sahaja selepas pelbagai cara kita lakukan bagi mengelakkan kenaikan kos hidup ini, sama ada melalui perbahasan parlimen, perbincangan, penyerahan memorandum dan sebagainya," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau yang berkemungkinan turut menyertai himpunan itu menyeru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama menyertainya di Dataran Merdeka dengan suasana aman dan tenteram bagi memberi signal kepada kerajaan tentang kepayahan rakyat.

intanhijau.blogspot.com

Rabu, 25 Disember 2013

DIORANG BUAT LAWAK...ko ada ?



KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menempelak tindakan pihak polis yang membuat tangkapan terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman pada 31 Disember ini bersempena protes kenaikan harga barang.

Terbaru, pihak polis telah menangkap Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Azan Safar pada 23 Disember di mana siasatan adalah berdasarkan kepada Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

“Juham melalui barisan peguamnya telah turun untuk membantah permohonan lanjutan reman oleh pihak polis,” kata Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan.

Majistret kemudiannya, kata beliau telah menolak permohonan lanjutan reman oleh pihak polis dan Azan Safar telah dibebaskan lewat petang semalam.

Menurutnya, Juham amat terkejut dengan dakwaan pihak polis yang memberikan alasan bahawa tangkapan Azan Safar adalah kerana beliau disyaki terlibat di dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

“Lawak jenaka apakah ini apabila mengaitkan tangisan rakyat terhadap kenaikan harga barang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan?” tanya beliau.

Katanya, Juham percaya Umno dan Barisan Nasional sudah kehabisan alasan untuk menutup kelemahan mereka sehingga menggunakan alasan bodoh sebegini.

Beliau berkata, Juham turut telah mendapat maklumat bahawa akan terdapat beberapa lagi siri tangkapan bersempena perhimpunan 31 Disember ini.

Justeru, tegasnya Juham mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis ini yang jelas menafikan hak rakyat untuk bersuara sepertimana yang telah dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Apatah lagi, kata beliau perhimpunan aman ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar luahan serta tangisan rakyat yang bakal berdepan pelbagai siri kenaikan harga menjelang tahun baru 2014.

 Justeru, ujarnya Juham menggesa agar pihak polis menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dengan tidak tunduk kepada tekanan Umno dan Barisan Nasional yang semakin tidak relevan dan telah kehabisan talian hayat.

Selanjutnya,kata beliau Juham menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak khuatir dan gusar dalam bersoladiriti menyuarakan bantahan anda terhadap kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini.

Beliau memberitahu, Juham sedia untuk memberikan khidmat guaman secara percuma sekiranya terdapat sebarang tangkapan serta dakwaan yang dibuat.

Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa Umno dan Barisan Nasional akhirnya akan akur dengan kehendak rakyat sepertimana pemansuhan Akta Keselamatan Negeri hasil daripada pengorbanan dan penat lelah yang tanpa henti daripada rakyat yang bencikan kezaliman.

“Oleh itu, tunjukkan soladiriti, tekadkan hati. Infiru!” tegasnya.

intanhijau.blogspot.com

Khamis, 19 Disember 2013

PAS TELUK INTAN KEHILANGAN SEORANG VETERAN PARTI YANG AKTIF


TELUK INTAN, 19 - PAS Kawasan Teluk Intan telah kehilangan seorang veteran parti yang juga merupakan seorang aktivis. Hj. Zainon bin Nengah, 68, telah meninggal dunia di rumahnya di Kg. Padang Tembak dekat sini.

Allahyarham Hj. Zainon Nengah telah meninggal dunia di rumahnya pada jam 3.00 pagi akibat sakit jantung. Sebelum itu, allahyarham pernah masuk wad kerana sakit jantung pada Mac 2013.

Allahyarham merupakan ahli jawatankuasa PAS Cawangan Kg. Padang Tembak. Allahyarham juga merupakan mantan Naib Ketua Cawangan di situ.

Sesungguhnya PAS Kawasan Teluk Intan merasai pemergian allahyarham kerana allahyarham merupaka seorang aktivis parti yang sentiasa menyertai program parti. Allahyarham lebih dikenali sebagai ahli yang suka akan program tarbiyyah seperti usrah dan liqa fikri.

Allahyarham juga pernah diamanahkan sebagai siak Markaz PAS Kawasan Teluk Intan oleh kerana kedudukan rumah allahyarham di belakang markaz. Allahyarham juga merupakan seorang pengedar akhbar Harakah di cawangan Kg. Padang Tembak.

intanhijau.blogspot.com

~ TRIBUTE buat Allahyarham Hj. Zainon Nengah ~



~ TRIBUTE buat Allahyarham Hj. Zainon Nengah ~
Ada beberapa perkara yang saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua :
1. Seorang yang apabila saya ajak ke sesuatu program, dengan tanpa banyak alasan beliau akan sertai walaupun di saat akhir (kecuali keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan)
2. Salah seorang yang saya selalu bawa program usrah cawangan di Kg. Sungai Samak. Beliau merupakan pembantu naqib.
3. Salah seorang (walaupun bukan seorang AJK kawasan/harian) yang selalu pergi bersama saya ke program Liqa Fikri PAS negeri Perak.
4. Salah seorang yang selalu bersama saya mengiringi mantan ADUN Changkat Jong dalam program Ziarah Jumaat ke masjid-masjid dalam DUN Changkat Jong.
5. Salah seorang yang selalu terlibat dalam persiapan membina pentas bagi setiap kali program ceramah diadakan di Markaz PAS Kawasan.
6. Orang yang saya biasa bawa ke Surau Diri Jumaat Ganda/Sungai Cawang sebagai khatib.
7. Seorang yang amat suka program tarbiyyah khususnya program usrah. Arwah merupakan salah seorang veteran PAS yang masih istiqamah menghadiri usrah. Malahan, program tarbiyyah terakhir yang dihadiri ialah majlis usrah PAS Cawangan Kg. Padang Tembak pada Rabu minggu lalu.
8. Seorang pengedar akhbar Harakah di cawangan Kg. Padang Tembak.

Mungkin ada banyak lagi...tetapi inilah yang ingin saya kongsikan bersama atas dasar pengalaman bersama Almarhum.
Semoga arwah diletakkan oleh Allah bersama para mukminin dan solihin. InsyaAllah. Al fatihah.



Selasa, 17 Disember 2013

ABANG MAT PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG



KUALA LUMPUR: PAS melantik Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bagi sesi 2013-2015.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, Muhamad dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bagi menyelaraskan hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat negeri itu bersesuaian dengan  jawatannya sebagai timbalan presiden.

"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang dan sangat biasa dengan orang Pulau Pinang.

"Termasuk dalam konteks hubungan dengan Pulau Pinang, oleh kerana beliau timbalan presiden, beliau dapat bantu selaraskan hubungan PAS dengan Pakatan di sana," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini hari ini.
Sementara itu, Mohamad memberitahu, berlaku perubahan bagi jawatan bendahari yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama 1 Disember lalu.

Mesyuarat lepas memutuskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebagai bendahari.

Namun Ahmad memohon melepaskan jawatan tersebut dan digantikan dengan Asmuni Awi.

"Datuk Ahmad Yakob mohon melepaskan jawatan bendahari kerana kesibukannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan Pesuruhjaya Kelantan dan digantikan dengan Asmuni Awi," katanya.

Turut dilantik hari ini ialah tiga penolong setiausaha agung iaitu Datuk Takiyudin Hassan, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Selain itu, PAS Pusat mewujudkan lajnah baru yang bertanggungjawab terhadap bencana alam atau kejadian yang berlaku secara tiba-tiba.

Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilantik mengetuai lajnah ini.

"Pusat pengurusan kecemasan dan bencana diketuai Salahuddin Ayub dan dalam bentuk ad hoc apabila berlaku sesuatu bencana dan sudah jadi lajnah tetap PAS," katanya.

Sementara itu, kekosongan satu jawatankuasa ekoran pelantikan Asmuni sebagai bendahari diisi dengan Anuar Tahir sebagai pengerusi lajnah pekerja dan pengguna.

intanhijau.blogspot.com

(sedihnya baca surat Rosmah ni..hehe) JAWAPAN YANG MENYERLAHKAN KE...........AN !


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan. Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.

Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011.

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.



Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.


Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.


Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.


Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan.

Keenam: Isu 'First Lady'


Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

 Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Isnin, 16 Disember 2013

Bukti gred A dan B: KDN seperti pembekal telur ayam - Mahfuz


PAS menyifatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti “pembekal telur ayam” apabila agensi itu mengatakan mereka mempunyai bukti gred A dan B berhubung penglibatan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata kenyataan KDN mengenai hanya 1,500 rakyat Malaysia menjadi pengikut Syiah membuktikan fahaman itu bukan satu ancaman besar, tetapi digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kenaikan kos kehidupan.

“Apa bukti gred A, gred B KDN? Macam pembekal telur ayam yang ada gred A, gred B dan Omega 3.

“Apabila KDN kata hanya 1,500 rakyat Malaysia di Selangor, Perak dan Johor menganut fahaman Syiah terbukti ia langsung tidak merbahaya kepada negara,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, KDN yang seharusnya menjaga keselamatan negara kini sudah menjadi seperti “badan penglipur lara.”

“10 bukti yang dikemukakan KDN berhubung penglibatan Mat Sabu dengan fahaman Syiah bukannya bahan bukti tetapi cerita penglipur lara yang boleh menghiburkan.

“Mereka mahu rakyat Malaysia terutama orang Melayu lupa kenaikan kos kehidupan seperti tol, minyak, gula dan banyak lagi,” katanya.

Hari ini akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan PAS sudah lama diresapi fahaman Syiah dan ramai di antara pemimpin mereka yang menganut fahaman berkenaan memegang jawatan penting dalam parti Islam itu di peringkat pusat dan akar umbi.

Akhbar berbahasa Melayu itu memetik sumber keselamatan yang memaklumkan, PAS mula diresapi Syiah selepas Revolusi Iran dan fahaman itu semakin bertapak kukuh dalam parti berkenaan kerana ramai kalangan lulusan Iran menyertai parti itu dan seterusnya terpilih menjadi pemimpin.

Mengulas mengenai laporan itu Mahfuz berkata: “Sumber dan bukti KDN tidak dapat meyakinkan rakyat. Rakyat kini menunggu roadshow tentang Syiah KDN yang mereka anggap seperti ‘sarkis’.”

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" mengaitkan Mohamad dengan fahaman Syiah tetapi gagal mengemukakan bukti kukuh.

"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.

"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.

Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah.
 
 malaysiainsider

Khamis, 12 Disember 2013

Banjir: Senator terkilan menteri perlekeh Unit Amal



KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamad terkilan dengan sikap seorang menteri yang memperkecilkan peranan dan bantuan yang dihulurkan Unit Amal Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.

Beliau ketika berucap membahaskan Bajet 2014 berkata, menteri terbabit sepatutnya menggalakkan sikap yang ditunjukkan oleh sukarelawan Unit Amal yang menjalankan tugas penuh kerelaan tanpa pernah meminta-minta bayaran.

"Saya terkilan apabila menteri ketika menjawab soalan ahli Dewan Negara telah memperkecilkan peranan dan  bantuan yang diberikan oleh badan sukarela seperti apa yang disebut Jabatan Amal.

"Saya maklumkan di sini Unit Jabatan Amal ini dianggotai oleh anak-anak muda kita daripada pelbagai peringkat umur. Mereka ini adalah sukarelawan yang dikerah pada bila-bila masa dan tidak dibayar," katanya.

Katanya, atas semangat inilah datangnya pertolongan cemas dari seluruh negara yang membawa wang, air mineral, lampin pakai buang, makanan, tilam, tikar dan kain selimut, pakaian dan sebaginya.

Sikap inilah, katanya perlu disanjung dan mengucapkan penghargaan terima kasih bukannya memperkecil-kecilkan mereka.

"Saya kira pengorbanan mereka cukup besar dan kehadiran mereka tanpa dipanggil sedar-sedar mereka sudah ada apabila pertolongan cemas diperlukan," katanya.

Unit Amal antara anggota sukarelawan yang turut bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kuantan, mereka bukan sahaja berusaha mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir bahkan kini mereka sedang giat menjalankan aktivti membersihkan rumah mangsa banjir.

intanhijau.blogspot.com

Rabu, 11 Disember 2013

PAS TELUK INTAN TURUT MENGHANTAR MISI BANTUAN MANGSA BANJIR



TELUK INTAN, 10 Disember - PAS Kawasan Teluk Intan tidak ketinggalan dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di pantai timur. Di atas semangat berkebajikan, satu rombongan bantuan mangsa banjir telah di hantar ke sana.

Ia telah dipelopori oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan bersama Unit Amal kawasan. Sebelum itu, usaha mengumpulkan sumbangan telah giat dilakukan. Pelbagai bentuk sumbangan orang ramai telah diterima seperti wang, makanan, minuman serta barangan keperluan harian.










intanhijau.blogspot.com

Selasa, 10 Disember 2013

Bermimpikah aku...?


TOKOH WARTAWAN CADANG ROSMAH JADI MENTERI


Tokoh kewartawanan, Datuk A Kadir Jasin dengan hari ini dengan sinis mencadangkan agar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.

Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Langkah itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno, Sabtu lalu, yang antara lainnya menonjolkan tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir.

Selain itu, Najib turut memuji tindakan Rosmah yang menggunakan hubungan baik dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membolehkan seorang lagi pelajar Malaysia masuk ke negara itu tanpa visa.

pak lah mahathir clash forum 110806 kadir jasin“Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.
"Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

"Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak 'perform' dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

"Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi perdana menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata," katanya.

Katanya, Rosmah boleh dilantik ke jawatan menteri selepas dilantik sebagai senator.
"Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan," katanya lagi.
Kadir dalam tulisan terdahulu bertarikh 21 November lalu turut mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menegur media atas laporan berhubung kunjungan Rosmah ke luar negara.
Menurut Kadir, kenyataan Shahidan itu mencabar petugas media yang melaporkan isu berhubung kontroversi tajaan terhadap lawatan Rosmah ke Qatar itu.
Beliau mengulas kenyataan Shahidan yang dilaporkan berkata, penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak datang ke negara ini.

Kadir yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu menulis, wartawan dan media massa sudah memainkan peranannya melalui laporan positif yang membantu meyakinkan pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Itulah peranan wartawan - menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

"Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?" sindirnya.

malaysiakini

Isnin, 9 Disember 2013

UMNO PARTI YANG MENGGELAPKAN MASA DEPAN ORANG MELAYU



KUALA LUMPUR: Masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap di bawah Umno jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.

Justeru, bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Umno hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli Umno terpilih sahaja.

Kenyataan beliau sebagaimana di bawah.

Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.

Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.

Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.”

Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody’s telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan.

Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu?

Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?

Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui ‘cukai pemiutang’’ seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan - untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).

Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.

Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?

Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.

Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.

Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.

Saya masih lagi tidak melihat mana-mana pemimpin atau perwakilan yang menuntut agar isu TPPA yang bakal merobah arena ekonomi tempatan melalui ‘penjajahan ekonomi’, termasuk ekonomi Melayu Bumiputra sendiri didebatkan secara khusus.

Apakah keselamatan dan kedaulatan negara tergadai tidak penting bagi UMNO?

Ketiga; Orang belajar tinggi, rakyat dididik rendah

Isu kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang dilaporkan dalam kajian PISA tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Apakah perasaan ibubapa apabila mendapat tahu bahawa anak-anak dari Singapura, Korea Selatan dan Vietnam dari darjah 5 dan 6 berpendidikan sataraf dengan para pelajar Tingkatan 3 dari negara kita.

Kegagalan dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan agar kekal bersaing secara global akan terus menggelapkan masa depan anak-anak kita yang akan mewarisi kadar gaji yang malar dan budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup yang semakin meninggi.

Masa depan anak-anak Melayu nampaknya perlu terus dibantu ibubapa dengan menumpang rumah, meminjam belanja dan berkongsi kereta.

Apakah pendidikan berkualiti untuk berpendapatan tinggi tidak penting bagi UMNO?

Kesimpulannya, UMNO hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli UMNO terpilih sahaja.

Jelas, masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap di bawah UMNO jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.

intanhijau.blogspot.com

Jumaat, 6 Disember 2013

Banjir: Rakyat Kuantan mahu Bung mohon maaf



KUANTAN: PAS Pahang menganggap tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden yang seolah-olah mempersendakan usul darurat akibat banjir yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai satu penghinaan kepada penduduk ibu negeri Pahang ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, penduduk Kuantan mahu Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka kerana dilihat jelas mempersendakan mangsa banjir yang sedang berdukacita.

“Bayangkan penduduk Kuantan terpaksa bertungkus-lumus separuh nyawa menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah, tiba-tiba Bung Mokhtar tergamak mengganggu sambil mempersendakan usul tergempar yang dibawa Fuziah.

“Bedasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan,” katanya.

Suhaimi berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk.

Tambahnya, penduduk Kuantan terpaksa melalui peristiwa sedih akibat banjir yang tidak pernah berlaku seburuk ini manakala bantuan daripada pihak berkuasa terlalu lembab disampaikan.

“Bayangkan, ada mangsa banjir termasuk orang sakit dan kanak-kanak yang berpindah ke pusat pemindahan tetapi makanan tidak cukup, bekalan elektrik tidak ada kerana ibu sawat ditenggelami serta bekalan air paip juga terputus,” jelasnya.

Semalam Dewan Rakyat gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.

Bagaimanapun usul tersebut tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pada ketika itu, Bung Mokhtar dan ahli-ahli parlimen BN berdiri membuat bising, mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.

Sementara itu suasana di Kuantan tidak banyak berubah. Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan bilik operasi, terdapat kira-kira 30,000 mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Difahamkan, jumlah tersebut tidak termasuk yang berpindah ke rumah keluarga di tempat yang selamat dan yang menginap di hotel.

Perhubungan dengan daerah-daerah lain masih terputus. 

Khamis, 5 Disember 2013

PAS TELUK INTAN ZIARAH VETERAN PAS YANG SAKIT



TELUK INTAN, 5 Disember - Di dalam kesibukan dengan program kemasyarakatan, PAS Kawasan Teluk Intan tidak melupakan kebajikan ahli-ahlinya apatah lagi kepada ahli-ahli yang telah lama berjuang di dalam parti.

Baru-baru ini, PAS kawasan telah menziarahi seorang veteran PAS, Omar bin Shaari atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Omar yang telah lama menderita kencing manis. Beliau kini terlantar di rumahnya di Batu 4, Kg. Selabak dekat sini. Beliau kini disyaki mengalami ketumbuhan di dalam buah pinggang.

Rombongan PAS kawasan telah diketuai Yang Di Pertua PAS kawasan, Ustaz Ismail Che Nik. Turut serta ialah Timbalan Yang Di Pertua Sdr. Rahmat Maliki, Bendahari kawasan merupakan mantan ADUN Changkat Jong Hj. Mohd. Anuar Sudin, ahli jawatankuasa PAS kawasan Hj. Ismail Johari, Setiausaha PAS Cawangan Selabak Sdr. Rozali Ahmad serta beberapa AJK cawangan.


Pak Omar sudah setahun tidak aktif menghadiri program-program parti dan pengajian agama. Menurut Sdr. Rozali, Pak Omar pernah menjadi Ketua Penerangan dan ahli jawatankuasa PAS Cawangan Selabak pada tahun 90-an hingga awal tahun 2000.

Kini, beliau telah dijaga bergilir-gilir oleh anak-anaknya berserta isteri.

intanhijau.blogspot.com

Isnin, 2 Disember 2013

PAS DAH PECAT OGOS LALU, TAPI DIA KELUAR PAS HARI INI

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan penceramah bebas Mohammad Kazim Elias yang dilantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah dipecat dari PAS pada Ogos lalu.

Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS.
Keputusan pemecatan itu dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos lalu.
Katanya, selain Kazim, tiga lagi individu yang turut dipecat ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha.

"Kita dah pecat beliau Ogos lalu, dan kita telah hantar surat kepada beliau.

"Kita anggap sampai kepada beliau, kerana kita tidak menerima pengembalian surat itu dan kita juga tak dapat apa-apa respons daripada beliau," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kazim yang hari ini mengisytiharkan keluar dari PAS selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Mustafa berkata, tidak timbul soal Kazim mengisytiharkan keluar dari PAS kerana sememangnya beliau sudah dipecat dan bukan lagi ahli PAS.

harakahdaily

Ahad, 1 Disember 2013

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa


ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

sinarharian

ABANG KATA SUDAH KELUAR, ADIK KATA BELUM - mana satu yang betul ?

Abang kepada penceramah bebas Mohammad Kazim Elias berkata, adiknya itu yang dilantik ke jawatan anggota majlis tertinggi Umno telahpun keluar dari parti PAS.

Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias yang juga pegawai penerangan agama di Pejabat Menteri Besar Perak berkata, Mohammad Kazim sebelum ini sememangnya menganggotai PAS.

ustaz mohammad kazim eliasMohd Najmuddin dalam laporan Sinar Harian hari ini menyebut, Mohammd Kazim menyertai parti Islam tersebut 15 tahun lalu, tetapi tidak menyatakan tarikh sebenar penyertaan adiknya itu ke dalam Umno.

Laporan itu selanjutnya menyebut, Mohd Najmuddin kurang bersetuju kerana pelantikan tersebut “menguntungkan sebelah pihak” sahaja.

Sedangkan, Mohammad Kazim, 41, boleh menyebar ilmu Islam dengan lebih meluas tanpa jawatan seperti itu, katanya.

“Secara peribadi saya kurang bersetuju beliau terlibat secara keseluruhan dalam parti,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Presiden parti Datuk Seri Najib Razak malah boleh melantik Mohammad Kazim ke dalam kerajaan supaya adiknya itu boleh berdakwah tanpa pertentangan prinsip, katanya lagi.

Seorang lagi adik Mohd Najmuddin ialah ADUN Kubu Gajah Ahmad Hasbullah.

Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar semalam mendakwa Umno tidak menyedari bahawa Mohammad Kazim Elias merupakan ahli PAS sejak 1998.

"Dewan Pemuda PAS Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli PAS semenjak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi PAS di Tambun," katanya.