CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Sabtu, 18 Mei 2013

BANYAK KOMPONEN BN TIDAK PUAS HATI LANTIKAN KABINET NAJIB



KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran.

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi. 

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu. 

Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa “dipinggirkan” dan “seharusnya dilayan dengan lebih baik”. 

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.
MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen. 

“PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini. 

“Kawasan pedalaman di Sarawak adalah ‘deposit tetap’ Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar,” kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman. 

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata,” Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri.
“Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang,” katanya. 

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas. 

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen. 

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India. 

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.
malaysianinsider

Jumaat, 17 Mei 2013

MUHASABAH PASCA PRU13

 

Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya

Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut, berjuang hanya pada musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam yang kita dokong ini.
 
Bukan kerana penat atau jemu lantaran prinsip kita berjuang ialah ” sehingga Islam tegak berdaulat atau aku mati kerananya” , tetapi kerana bimbang kita hilang keseimbanganantara :
  • tumpuan masa mengendali strategi dan operasi untuk memenangi pilihanraya dan
  • tumpuan untuk mengkaderkan anggota jamaah agar layak dan menepati piawaian sebagai ansoorullah [ pejuang - pejuang agama Allah swt ]
Sebagai sebuah Gerakan Islam yang melibatkan diri secara rasmi dipentas politik di negara kita, kedua – kedua aspek tersebut sangat penting dan perlu diberi tumpuan seimbang. Pincang salah satu darinya, membuatkan kita hilang keseimbangan dan mudahlah kita tersungkur meskipun kita mendokong kebenaran.
 
Kita perlu memantapkan sekurang – kurangnya 3 perkara asas :
  • Pemantapan fikrah Islami yang syumul
  • Pengukuhan dan pemerkasaan parti [ organisasi ]
  • Pembinaan sumber manusia [ murabitun - ahli atau pimpinan ]
 
Hindarilah dari terjebak dalam sebarang bentuk konspirasi yang merosakkan keutuhan jamaah dan kesatuannya. Sebaliknya bantu jamaah agar ia semakin mantap dan kuat bersendikan ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh. Bukan menyusahkan jamaah dan mengkucar – kacirkannya dengan idea dan tindakan yang tidak menepati akhlak Islami.
 
Kita mesti berfikir positif jika kita mahu jamaah yang kita dokong ini maju dan tabah meredah zaman yang semakin kompleks namun zaman ini memerlukan bahtera penyelamat. Fikir positif pada nokhtah – nokhtah di bawah insyaallah, sedikit sebanyak akan membantu jamaah kita mara selangkah kehadapan.
  • Jangan kecewa dan melatah kerana kalah pilihanraya.
  • Usah resah berdepan fitnah dan tohmahan musuh.
  • Segera selesaikan masaalah yang dihadapi oleh jamaah.
  • Bantu dan beri kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih.
  • Hidupkan budaya tegur dan nasihat namun beradab.
  • Pamerkan akhlak Islami kepada kawan dan lawan.
  • Asaskan tindakan berpandu wahyu dan sunnah.
  • Senantiasa berfikir dan merangka strategi
  • Santuni masyarkat dan menangi hati mereka

Ahad, 12 Mei 2013

SOKONGAN PAS MENINGKAT WALAUPUN KALAH DI CHANGKAT JONG



TELUK INTAN, 12 Mei - Musim kenduri meraikan para petugas sudah menjadi agenda wajib selepas pilihan raya walaupun tidak diberikan kemenangan mempertahankan DUN Changkat Jong. Baru-baru ini, PAS Cawangan Kg. Sungai Samak telah mengadakan majlis tersebut bertempat di kediaman ketua cawangannya, Hj. Saifudin Abdul Hamid dekat sini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh para petugas dari Ladang Sungai Samak dan Ulu Bernam di mana kebanyakannya petugas India. Tetamu istimewa ialah bekas calon N56 Changkat Jong, Hj. Mohd. Anuar Sudin yang juga merupakan mantan bagi ADUN bagi kawasan itu.
Sebahagian petugas kaum India yang hadir.


Di dalam ucapan, Anuar Sudin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas terutamanya di kawasan pesisiran yang banyak membantu menggerakkan jentera pilihan raya di sepanjang musim kempen yang lepas.
Hj. Anuar Sudin menyampaikan ucapan terima kasih.

"Biarlah kita kalah tetapi di dalam kekalahan bermaruah. Apa yang penting kekalahan kita ini dalam kekalahan yang Allah redha. Sebaliknya, amatlah malang jika kemenangan itu adalah kemenangan yang tidak bermaruah, penuh dengan penipuan dan rasuah. Sudah pastinya kemenangan sebegini adalah kemenangan yang tidak diredhai oleh Allah SWT," tambah beliau.
Seorang wakil pemuda menyerahkan borang keahlian PAS.

Bergambar dengan para petugas Kg. Sungai Samak.
Walaupun UPU Kg. Sungai Samak mengalami kekalahan, namun ia terubat juga apabila 20 orang anak muda di kampung tersebut menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hj. Mohd. Anuar Sudin. Semoga momentum tersebut berlanjutan dengan anak-anak muda bersama-sama PAS. Pada masa yang sama juga, kaum India di pesisiran juga turut berhasrat menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Majlis telah dimulai dengan bacan tahlil dan doa selamat dan para petugas menikmati jamuan yang disediakan.

intanhijau.blogspot.com

Isnin, 6 Mei 2013

PRESTASI PAS MEMUASKAN


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah. Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya. 

Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu. Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun. PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil. 

Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi. 

Ahli Parlimen baru PAS adalah Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan (Temerloh), Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Raja Bahrin (Kuala Terengganu), Wan Hassan (Dungun), Timbalan Ketua Pemuda. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Mohamad Hanipa Maidin (Sepang), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Ahmad Marzuk (Bachok) dan beberapa nama lagi.

Ahad, 14 April 2013

BENDERA PAS DIROSAKKAN DI KG. BAHAGIA



TELUK INTAN, 13 April - Keghairahan parti-parti politik mengibarkan bendera di merata-rata kini telah menjadi perkara biasa. Masing-masing berhak memacak dan mengibarkan bendera mengikut usaha termampu. Namun janganlah akibat kelemahan sendiri menyebabkan mensabotaj usaha orang lain.

Inilah yang telah berlaku kepada bendera-bendera PAS di Kg. Bahagia yang telah dicabut dan dipatahkan. Perbuatan yang tidak beretika dalam politik dan tidak bertanggungjawab tersebut telah menyerlahkan lagi tindakan yang tidak matang oleh pihak tertentu.

Buluh bendera telah dipatah.



Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kg. Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi Ahad di mana bendera yang baru mereka pacakkan di persimpangan Kg. Bahagia itu telah musnah.

"Kami dapati, bendera PAS ada yang telah dicabut dan sebahagian besarnya telah dipatahkan tiangnya. Kami sebenarnya mempunyai saksi yang melihat kejadian merosakkan bendera di mana saksi tersebut telah terlihat sekumpulan remaja sedang merosakkan bendera. Dianggarkan antara 30 hingga 50 bendera telah dirosakkan," kata beliau.
Zaidi dan pemuda cawangan telah membuat laporan polis.

Ekoran dari kejadian tersebut, pihak PAS Kg. Bahagia telah membuat laporan polis pada pagi itu juga dengan diketuai oleh Setiausaha PAS cawangan, Zaidi Basiran dan Ketua Pemuda cawangan Isma Hafiz.

intanhijau.blogspot.com

Selasa, 2 April 2013

ADUN CHANGKAT JONG RASMI PERTANDINGAN PANCING UDANG GALAH



TELUK INTAN, 31 Mac - Pertandingan Memancing Udang Galah telah diadakan baru-baru ini. Ia adalah anjuran Persatuan Pemancing Lorong Masjid (PaLM) di Jeti Awam, Lorong Masjid Kg. Bahagia dekat sini.

Pertandingan tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin. Pertandingan tersebut telah berjaya menarik lima puluh orang preserta di sekitar Teluk Intan.

YB Anuar meniup wisel sebagai tanda pertandingan bermula.

Sebahagian daripada peserta sedang bergerak menuju ke tempat memancing.
Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar Sudin telah menekankan aspek aktiviti riadhah menurut Islam.

"Sebenarnya di dalam Islam, riadhah yang kita lakukan bukan sekadar memberi manfaat dari sudut kesihatan sahaja malah ia mengjangkau lebih daripada itu iaitu akhirat. Kita perlu ingat bahawa jika sebarang aktiviti riadhah yang dilakukan demi kebaikan dengan niat baik maka ia dikira sebagai satu ibadah," jelas beliau.

YB Anuar juga sempat meninjau suasana pertandingan dengan menaiki bot menyusuri Sungai Bidor.


Di jeti Sungai Bidor, para peserta telah dilepaskan oleh ADUN Changkat Jong dengan tiupan wisel. Menurut salah seorang wakil penganjur, jeti tersebut kini telah dinaik taraf dan semuanya adalah hasil usaha pihak ADUN Changkat Jong dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran yang membawa isu keusangan jeti di parlimen. Akhirnya, ia telah diperbaiki pada Jun tahun lepas.

Keadaan jeti yang lebih selesa selepas dinaik taraf.
"Telah berpuluh-puluh tahun jeti ini wujud, barulah kali ini ia dinaik taraf dengan hasil usaha wakil-wakil rakyat PR," ujar beliau.

"Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak YB Manogaran yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini," tambah beliau lagi.
Udang galah hasil tangkapan para peserta.

Proses pengadilan sedang berjalan.

YB Anuar bersama pemenang udang galah terberat.


Pada sebelah tengah harinya, YB Anuar telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang mengikut kategori seperti kategori udang terberat, ikan misteri serta pemenang teka kacang dan cabutan bertuah.

intanhijau.blogspot.com