JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 14 April 2013

BENDERA PAS DIROSAKKAN DI KG. BAHAGIA



TELUK INTAN, 13 April - Keghairahan parti-parti politik mengibarkan bendera di merata-rata kini telah menjadi perkara biasa. Masing-masing berhak memacak dan mengibarkan bendera mengikut usaha termampu. Namun janganlah akibat kelemahan sendiri menyebabkan mensabotaj usaha orang lain.

Inilah yang telah berlaku kepada bendera-bendera PAS di Kg. Bahagia yang telah dicabut dan dipatahkan. Perbuatan yang tidak beretika dalam politik dan tidak bertanggungjawab tersebut telah menyerlahkan lagi tindakan yang tidak matang oleh pihak tertentu.

Buluh bendera telah dipatah.



Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kg. Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi Ahad di mana bendera yang baru mereka pacakkan di persimpangan Kg. Bahagia itu telah musnah.

"Kami dapati, bendera PAS ada yang telah dicabut dan sebahagian besarnya telah dipatahkan tiangnya. Kami sebenarnya mempunyai saksi yang melihat kejadian merosakkan bendera di mana saksi tersebut telah terlihat sekumpulan remaja sedang merosakkan bendera. Dianggarkan antara 30 hingga 50 bendera telah dirosakkan," kata beliau.
Zaidi dan pemuda cawangan telah membuat laporan polis.

Ekoran dari kejadian tersebut, pihak PAS Kg. Bahagia telah membuat laporan polis pada pagi itu juga dengan diketuai oleh Setiausaha PAS cawangan, Zaidi Basiran dan Ketua Pemuda cawangan Isma Hafiz.

intanhijau.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Sabar...pacak balik bendera bendera tu..di bota ,perkara sebotaj juga ada..kami buat laporan polis dan pacak lebih banyak lagi bendera..cari kepala pemuda yang buat tu..kaw tem dengan dia..nasihat elok elok..jangan marah kat dia..depa cuma terpengaruh sahaja..minta bantuan pekida kat sana..selamat maju jaya..

    BalasPadam
  2. Bendara rosak biarlah....jangan kita rosak akidah sudah.

    BalasPadam