JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 2 April 2013

ADUN CHANGKAT JONG RASMI PERTANDINGAN PANCING UDANG GALAH



TELUK INTAN, 31 Mac - Pertandingan Memancing Udang Galah telah diadakan baru-baru ini. Ia adalah anjuran Persatuan Pemancing Lorong Masjid (PaLM) di Jeti Awam, Lorong Masjid Kg. Bahagia dekat sini.

Pertandingan tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin. Pertandingan tersebut telah berjaya menarik lima puluh orang preserta di sekitar Teluk Intan.

YB Anuar meniup wisel sebagai tanda pertandingan bermula.

Sebahagian daripada peserta sedang bergerak menuju ke tempat memancing.
Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar Sudin telah menekankan aspek aktiviti riadhah menurut Islam.

"Sebenarnya di dalam Islam, riadhah yang kita lakukan bukan sekadar memberi manfaat dari sudut kesihatan sahaja malah ia mengjangkau lebih daripada itu iaitu akhirat. Kita perlu ingat bahawa jika sebarang aktiviti riadhah yang dilakukan demi kebaikan dengan niat baik maka ia dikira sebagai satu ibadah," jelas beliau.

YB Anuar juga sempat meninjau suasana pertandingan dengan menaiki bot menyusuri Sungai Bidor.


Di jeti Sungai Bidor, para peserta telah dilepaskan oleh ADUN Changkat Jong dengan tiupan wisel. Menurut salah seorang wakil penganjur, jeti tersebut kini telah dinaik taraf dan semuanya adalah hasil usaha pihak ADUN Changkat Jong dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran yang membawa isu keusangan jeti di parlimen. Akhirnya, ia telah diperbaiki pada Jun tahun lepas.

Keadaan jeti yang lebih selesa selepas dinaik taraf.
"Telah berpuluh-puluh tahun jeti ini wujud, barulah kali ini ia dinaik taraf dengan hasil usaha wakil-wakil rakyat PR," ujar beliau.

"Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak YB Manogaran yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini," tambah beliau lagi.
Udang galah hasil tangkapan para peserta.

Proses pengadilan sedang berjalan.

YB Anuar bersama pemenang udang galah terberat.


Pada sebelah tengah harinya, YB Anuar telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang mengikut kategori seperti kategori udang terberat, ikan misteri serta pemenang teka kacang dan cabutan bertuah.

intanhijau.blogspot.com

1 ulasan:

  1. sedikit 'teguran' dari Wak Labu,

    Assalamualaikum tuan empunye blog,

    semboyan PRU-13 dah letupkan, Wak haraf blog ni menyiar berite2 yang lebih sensasi, jangan hanye berite2 santai yang kurang membangunkan kedudukan PR@PAS DUN Ckt Jong.

    dari tanggapan ikhlas Wak, YB kite ni hendak nye lebih lagi mesre rakyat.

    selalu2 lah berkunjung dan berbual2 ramah mesre ke gerai2 makan/minum di sekitar DUN Ckt Jong ini ianye akan lebih memberi menafaat.

    Wak saban hari minum di gerai pusat jualan Harakah dan Keadilan ialitu Kedai makan Azam berhampiran CIMB, Wak haraf YB kite selalu lah berkunjung dan beramah mesre ke sini.

    Wah minte maaf terlebih dahulu jike barang sesiape terase tersinggung di atas nasihat Wak sebagai orang yang lebih tue.

    BalasPadam