(Oleh: Sidiqin Omar)
ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli
Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid
di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan
biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan
memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar
masjid Al Husin.
Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat
pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan hailer untuk
meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata
kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren
ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut
bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya
serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu
ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut
menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai
beliau.
Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua
selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah
di Kelantan, semalam.
http://www.keadilandaily.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan