JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 20 Januari 2013

ISLAM AGAMA PERJUANGAN


TELUK INTAN, 19 Januari - Islam adalah agama perjuangan dan sudah semestinya Islam itu wajib diperjuangkan.Sudah pastinya juga, PAS berjuang adalah untuk memenangkan Islam. Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Lujnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Mohd. Noor Omar semasa membentangkan tajuk 'Tugas dan Akhlak Ahli PAS' dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Mohd. Noor bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka turut menggariskan lima perkara yang patut ada pada setiap ahli PAS iaitu ikhlas, istiqamah, taat, wala' dan disiplin. Menurut Ustaz Mohd. Noor lagi, paling minimum lima perkara berkaitan dengan akhlak dalam jemaah yang patut ada pada setiap ahli dan jika ia tiada maka jemaah akan menghadapi pelbagai masalah.

Kata beliau, ikhlas dalam perjuangan kerana Allah amat penting demi mendapat ganjaran besar di akhirat kelak. Sebaliknya, jika bekerja tidka ikhlas maka Allah tidak memandang kita di akhirat nanti.

Istiqamah pula bermaksud berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutan agama dan jemaah dan tidak sekali-kali berpaling dan condong ke arah lain, apa lagi melompat ke parti lain.

Manakala taat adalah lahir daripada sikap percaya mempercayai antara pimpinan dan pengikut dalam semua keadaan sama ada lapang atau sempit. Antara tuntutan dalam perkara taat ialah menunaikan arahan pimpinan, mengimbangi pelbagai sikap ahli-ahli serta menyelaraskan gerak kerja secara berjemaah dengan tanpa mengikut selera sendiri.

Wala pula bermaksud memberikan kesetiaan kepada jemaah dengan tidak mendahului Allah dan Rasul dan jemaah yang dipimpin oleh ulama. Kempimpinan ulama bermaksud kepimpinan ilmu kerana hanya orang yang berilmu sahaja yang dapat memimpin jemaah dan ummah ke arah redha Allah.

Akhir sekali, setiap ahli patut memenuhi akhlak berdisiplin seperti patuh kepada setiap peraturan parti, melakukan kerja hingga selesai dan sempurna, taat akan hukum-hukum agama, patuh kepada perlembagaan parti, taat kepada arahan dan perintah pimpinan, menjaga rahsia parti ddan dapat mengawal diri dari melakukan perkara yang merugikan jemaah.

Majlis liqa kali ini telah dihadiri oleh para ahli PAS di sekitar Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan