PETALING JAYA: Penyanyi Erra Fazira menasihatkan gadis 
beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang 
melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik.
Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai 
pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya 
undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi
 maruah wanita Islam.
"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda 
yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka 
panjang.
"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketat lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri.
Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.
"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk 
menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan 
undang-undang," katanya.
Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan
 penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu 
dengan garis panduan yang dibenarkan.
Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta 
akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.
Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa 
Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.
Keempat-empat gadis berkenaan bagaimanapun  mempertikai larangan 
Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam 
pertandingan tersebut.
Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu 
cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran 
Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa 
menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan 
untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan 
berdosa bagi orang Islam.
Sementara itu, Erra berpendapat, penganjur pertandingan ratu cantik 
antarabangsa dapat memberi kelonggaran terutamanya dari segi pemakaian 
membabitkan wanita Islam.
"Mungkin sudah tiba masanya masyarakat luar melihat wanita Islam 
dalam perspektif yang berbeza dengan melonggarkan syarat-syarat 
penyertaan terutamanya daripada segi pemakaian.
"Ini kerana, pertandingan ratu cantik bukan dilihat hanya pada wajah 
dan fizikal semata-mata, tetapi juga cara pemikiran seseorang dalam 
melontarkan pendapat.
"Jadi, jika gadis Islam menyertainya, apa salahnya pihak penganjur 
menghormati mereka dengan memberi kelonggaran pemakaian yang lebih 
sopan. Kerana kecantikan bukan sahaja daripada luaran semata-mata, 
tetapi juga pemikiran kita," tegasnya.(mstaronline)

Ikhwanonline
 melaporkan, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas
 bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak
 rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata 
sebelum itu.
Serangan
 ini sekali lagi mengingatkan kejadian "Subuh berdarah" di hadapan 
Bangunan Pengawal Republik awal bulan ini yang menyaksikan lebih 50 
terkorban diserang ketika sedang menunaikan solat Subuh.




KUALA LUMPUR:
 Pernahkah kerajaan mahupun syarikat ini terfikir duit rakyat perlu 
dikembalikan kepada rakyat atas pengorbanan mereka bertahun-tahun di 
atas lebuh raya?







Saya
 mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga
 hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, 
timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul. 