JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 19 September 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN KALI KE-39



TELUK INTAN, 15 September - Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali ke-39 baru-baru ini menyaksikan jawatan Yang Di Pertua kekal disandang oleh Ustaz Ismail Che Nik. Mesyuarat agung tahunan tersebut telah diadakan di Dewan Karentina, Batak Rabit dekat sini.


Walaupun berhadapan dengan dua orang lagi calon YDP namun Ustaz Ismail telah berjaya mendapat undi terbanyak dan mengatasi calon-calon lain. Selain itu, jawatan tertinggi kawasan yang turut melibatkan pertandingan ialah Naib Yang Di Pertua turut menyaksikan persaingan tiga penjuru yang mana akhirnya undi terbanyak perwakilan telah berpihak kepada Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Walau bagaimanapun, jawatan Timbalan Yang Di Pertua telah disandang oleh Sdr. Rahmat Maliki selepas tiada pertandingan.

Para perwakilan juga telah memilih 18 ahli jawatankuasa daripada 42 orang yang dicalonkan.

Salahuddin bersama YB Seah, MP Teluk Intan dan YB Zawawi.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Hj. Salahuddin Ayub. Turut hadir ialah YB Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri selaku mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Seah Leong Peng.

Di dalam ucapan perasmiannya, Salahuddin Ayub menegaskan betapa perlu ahli-ahli PAS tidak melupakan sejarah perjuangan parti.

"Usia PAS 60 tahun menunjukkan PAS kaya dengan sejarah yang mesti dipelajari supaya dapat memandu kita maju ke  hadapan, " ujar beliau.



Ustaz Ismail menyampaikan cenderamata kepada Naib Presiden PAS.




"Pengalaman lalu yang baik kita jadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan. Ibarat sebuah kereta. Semahal manapun harganya. Sehebat manapun pemandunya. Namun, apabila ia dipandu, pemandu tetap menggunakan cermin pandang belakang sebagai panduan pemanduan menuju ke hadapan," tega beliau lagi.

Salahuddin melancarkan Tabung Kemanusiaan.
Beliau juga menjelaskan bahawa wujudnya tiga golongan di dalam parti iaitu golongan ulama, profesional dan aktivis parti. Beliau berharap ketiga-tiga golongan tersebut tidak diasing-asingkan antara satu sama lain kerana kesemuanya bertanggungjawab memajukan parti.

Sebelum itu, Salahuddin telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan untuk Timur Tengah, OKZ13 dan sumbangan untuk seorang pemuda yang kematian isteri dan anak-anak baru-baru ini.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan