JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 2 Julai 2013

UIA ADA TIDAK ADA DALAM SENARAI CALON PRK KUALA BESUT ?


Pesuruhjaya PAS Terrengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata parti itu menimbang untuk mengetengahkan yang dipertua PAS kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Laporan Sinar Harian hari ini menyebut, beliau menjelaskan perkara itu berikutan kekeliruan yang timbul apabila penceramah popular Azhar Idrus dikatakan akan diletakkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil itu.

Katanya, kekeliruan itu timbul kerana beliau sebelum ini sekadar menyebut nama “Ustaz Azhar” apabila ditanya mengenai identiti bakal calon yang akan diketengahkan PAS.

Kenyataannya itu menyebabkan sesetengah organisasi media melaporkan bahawa calon yang dimaksudkan adalah Azhar Idrus, yang juga digelar “Ustaz Azhar”.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai yang dipertua PAS kawasan (Besut),” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Katanya lagi, Azhar Idrus juga tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya dengan mewakili parti politik, namun masih melihat jika tokoh tersebut akan berubah sikap.

“Dia orang Ladang (di Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (jika Azhar Idrus minat bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Laporan itu juga menyebut beberapa lagi nama yang tersenarai – wakil Muslimat PAS, Napisah Omar yang menjadi calon untuk kawasan tersebut dalam pilihan raya umum lalu.

Mohd Abdul Wahid juga berkata, timbalannya Satiful Bahri Mamat dilantik mengetuai jentera parti sebagai sebagai pengarah pilihan raya kecil tersebut.(malaysiakini)

1 ulasan:

  1. Kalau UAI -khuatir undi kaum isteri/ibu merosot. Undi kaum suami dan tentu solid.

    BalasPadam