JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 4 Mei 2014

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN ANJUR HARI KEBAJIKAN DAN KESIHATAN KELUARGA



TELUK INTAN, 4 Mei - Aspek kesihatan merupakan perkara utama dalam sesebuah keluarga. Ia juga merupakan perkara yang diambil kira agar ibadah dapat disempurnakan. Oleh kerana itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan telah berjaya menganjurkan Hari Kebajikan dan Kesihatan Keluarga PASTI 2014 baru-baru ini. Ia adalah anjuran bersama dengan PASTI Kawasan Teluk Intan. Program telah diadakan di perkarangan PASTI Ibnu Sina, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Pengarah program, Pn. Fuziah Dahari.
Menurut pengarah program, Puan Fuziah Dahari, antara objektf program tersebut ialah memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa betapa pentingnya tanggungjawab penjagaan  kesihatan dan kebajikan keluarga bagi menjamin kualiti kehidupan. Selain itu, program tersebut juga bertujuan dapat melestarikan ukhuwwah antara ibu bapa dan warga PASTI.
Pemeriksaan kesihatan.
Ceramah kesihatan.

Antara hadiah-hadiah yang disedikan.
Menurut beliau lagi, ada banyak aktiviti yang telah diatur bagi mengisi program yang bermula pagi hingga tengah hari itu. Antaranya ialah wacana kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan ceramah tentang pemakanan kanak-kanak oleh pegawai perubatan bertauliah.

"Program ini juga tidak melupakan aktiviti untuk kanak-kanak. Kita telah menyediakan beberapa pertandingan untuk kanak-kanak dan remaja seperti kuiz kesihatan, dam ular, congkak, mewarna, timbang bola dan 'teen master chef'. Jualan amal Bundle turut diadakan," tambah beliau lagi.
Ketua Dewan Muslimat kawasan, Pn. Robiatun menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Program berkonsepkan memasyarakatkan PAS itu telah dirasmikan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Dalam ucapan, beliau telah menyeru para ibu bapa agar menitik beratkan aspek penjagaan kesihatan keluarga khususnya kesihatan anak-anak kerana kesihatan merupakan teras kepada kecemerlangan ibadah yang dilakukan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan