JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 5 Jun 2014

KEMENANGAN YANG TIDAK BERGAYA; KEKALAHAN YANG AMAT BERGAYA



TELUK INTAN, 5 Jun - PRK Teluk Intan telah pun berlalu dan sudah pasti ada menang dan ada yang kalah. Kemenangan calon BN Datuk Mah Siew Keong dengan lebihan undi 238 ke atas calon DAP Dyana Sofya boleh diibaratkan sebagai sebuah kemenangan yang paling tidak bergaya.

Mengapa dikatakan begitu :
  • selaku Presiden parti Gerakan, adalah amat memalukan apabila kemenangan beliau hanya dengan majoriti yang sangat rendah
  • setelah segala ketumbukan BN dari seluruh negara bertumpu di Teluk Intan termasuk penggunaan jentera dan agensi kerajaan akhirnya telah dikurniakan kemenangan dengan majoriti 238 sahaja
  • Datuk Mah berhadapan dengan calon yang amat baharu iaitu Dyana Sofya, dengan kapasiti debagai Presiden Gerakan dan orang tempatan namun hanya dapat meraih majoriti yang sangat rendah
  • peranan undi pos dan undi awal masih menjadi peti simpanan tetap kepada BN. Apa tidaknya, jika tanpa undi pos dan undi awal, calon DAP sedang mendahului calon BN dengan majoriti 25 undi.
  • dan banyak lagi yang boleh difikirkan...
Selain itu, kemenangan yang tidak bergaya tersebut terpaksa dilunasi dengan pelbagai janji manis BN, antaranya iallah :


  • pelantikan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri kabinet
  • sebuah universiti yang baharu di Teluk Intan
  • kemudahan Internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi
  • mewujudkan zon wifi percuma
  • uniform baharu untuk RELA
  • membina sebuah sekeolah menengah Tamil
  • projek tebatan banjir sungai
  • projek rumah mampu milik
  • bandar bertaraf UNESCO
 Janji tetap janji. Ia perlu ditunaikan, Jika tidak, dengan bahasa mudah orang yang tidak menepati janji dipanggil sebagai pembohong.

Apapun, sewaktu pelancaran manifestonya, Mah dilaporkan berkata bahawa beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap janji-janji yang dibuat menteri BN sebelum ini.

Kepada Cik Dyana Sofya, kekalahan anda adalah satu kekalahan yang amat bergaya. Anda sebenarnya telah diterima dengan baik oleh pengundi Teluk Intan. 

 intanhijau.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Tanpa rasuah dan sogokan haram BN-UMNO menang pilihanraya. SPR punca ini semua tanpa tindakan yang diambil setelah terang terang perbuatan BN-UMNO menyalahi akta pilihanraya. Pengerusi SPR harus bertangungjawap, sebagai orang islam kamu tidak boleh lari dari perkara ini. Tanpa ikhlas dan jujur menjalankan amanah ibarat mencari dosa. Bila kamu mati ALLAH tetap akan berlaku adil, terpulang kepada kamu yang tentukan apa yaang harus dibuat. UMNO dan pemimpin tertinggi mereka bukan maliakat dan tuhan, kamu tak harus takut pada mereka. ALLAH yang esa, segala tindak tanduk kamu hanya dia yang maha mengetahui. TAUBAT sebelum terlambat sekiranya benar kamu selama ini tidak berlaku adil.

    BalasPadam
  2. KALO BN MENANG.. MCM2 KATA.. KLO PEMBANGKANG MENANG KORANG CAKAP APER PER LAK?... FIKIR TENTANG FITNAH YG ANDA LEMPARKAN.. AQ BUKANLAH AHLI UMNO... AQ HANYA BANYAK MEMBACA ANTARA KE DUA PIHAK...

    BalasPadam