JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 13 Julai 2014

WARGA TELUK INTAN SUARA BANTAHAN KEGANASAN ISRAEL KE ATAS GAZA



TELUK INTAN, 12 Julai - Serangan terbaru oleh pihak regim Israel ke atas Gaza telah menimbulkan reaksi kemarahan di kalangan umat Islam seluruh dunia. Rasa simpati tersebut turut dirasai oleh umat Islam di Teluk Intan.

Oleh itu, pada hari Jumaat lalu, satu himpunan aman tanda solidariti Gaza telah diadakan selepas solat Jumaat. Himpunan solidariti tersebut telah diadakan di perkarangan Masjid As Saadah, Kg. Bahagia dekat sini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS kawasna, Sdr. Esma menyampaikan ucapan.
Ustaz Abdul Fatah memimpin bacaan doa.

HImpunan telah diisi dengan beberapa ucapan penuh bersemangat oleh beberapa orang pemimpin. Kesemuanya mengutuk dengan keras akan tindakan tiada berperikemanusiaan tentera regim Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan puluhan jiwa terkorban termasuk kanak-kanak dan wanita. Himpunan juga mendesak pihak kerajaan Malaysia supaya mengenakan tindakan diplomatik atas kerajaan Israel.

Doa qunut nazilah telah dibacakan dengan penuh perasaan oleh Ketua Lujnah Dakwah PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Abdul Fatah Awang. Himpunan di akhiri dengan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki membaca resolusi himpunan antaranya himpunan mengutuk sekeras-kerasnya penindasan regim Israel ke atas rakyat Palestin serta menyatakan rasa kecewa akan sikap membisu OIC terhadap isu tersebut.

intanhijau.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan