JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 13 Julai 2014

PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN MENJAYAKAN PROGRAM KEBAJIKAN SEMPENA RAMADHAN



TELUK INTAN, 12 Julai - Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan kepada umat Islam. Oleh itu, bulan ini diambil kesempatan oleh Pakatan Rakyat Teluk Intan menyantuni masyarakat di sekitar Teluk Intan serta meraikan umat Islam yang melakukan ibadah puasa.

Empat lokasi bazar Ramadhan telah menjadi lokasi yang diziarahi untuk mengedar kurma serta risalah. Antaranya ialah bazar Ramadhan di Kg. Bahagia, Selabak Luar, Padang Tembak dan di bandar Teluk Intan.
Di Bazar Ramadhan Kg. Bahagia.
Di Bazar Ramadhan Selabak Luar.

Di Bazar Ramadhan Padang Tembak.

Ziarah tersebut telah diserta oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti ADUN Pasir Bedamar YB Terence Naidu, bekas calon PRK Teluk Intan Sdri. Dyana Sofya serta pimpinan PAS dan PKR Teluk Intan.
Berbuka puasa di Masjid Nurul Hijrah.

ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu dan Dyana berbuka puasa di Masjid As Saadah Kg. Bahagia.
Apa yang menarik ialah setiap lokasi bazar yang dilawati akan disudahi dengan menyertai majlis berbuka puasa bersama orang ramai di masjid berhampiran. Antaranya, YB Terence Naidu dan Dyana Sofya sendiri berbuka puasa di Masjid As Saadah Kg. Bahagia dan Masjid Nurul Hijrah Taman Intan Mas.

Di sepanjang ke bazar ramadhan, orang ramai telah menerima dengan baik kehadiran pimpinan PR terutamanya dengan Dyana Sofya yang sentiasa menjadi tumpuan dan sentiasa memenuhi permintaan pengunjung bazar untuk bergambar bersama.

Turut bersama menjayakan ziarah tersebut ialah Dewan Pemuda PAS Kawasan, Unit Nisa' dan Ameerah Teluk Intan.

Bagi Sdri. Dyana sendiri apabila ditanya mengapa masih menemui pengundi, beliau dengan senang menyatakan bahawa walaupun telah kalah dalam PRK Teluk Intan yang lalu, beliau tetap meneruskan khidmat beliau di parlimen tersebut terutama menyantuni pengundi.
Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Hj Mohd Azhar bersama YB Terence dan Dyana menziarahi sebauh rumah di Kg. Tersusun Padang Tembak.
Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk di Perumahan Awam.
Selain itu, PR Teluk Intan juga telah menyampaikan sumbangan sempena menyambut Aidil Fitri kepada golongan yang kurang mampu. Sumbangan telah disampaikan oleh Sdri Dyana Sofya, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Hj. Mohd. Azhar Rafiei dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pn. Robiatun Abas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan