JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 20 Julai 2014

SUMBANGAN AIDIL FITRI PAS TELUK INTAN


TELUK INTAN, 20 Julai - Aidil Fitri bakal menjelang tidak lama lagi. Namun begitu, nasib golongan yang tidak mampu dan anak yatim tidak dilupakan. Maka, dalam rangka memasyarakatkan PAS, beberapa aktiviti berupa kebajikan telah diadakan sempena menyambut Syawal.

Di Taman Cicely, PAS Cawangan Batu 3 Cicely bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah menyampaikan sumbangan raya kepada beberapa orang penduduk di sekitar Taman Cicely, Taman Panglima dan Taman Ikhlas. 
Ustaz Rijal sedang menyampaikan sumbangan.

Sumbangan rumah ke rumah telah diserta Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Rijal Abu Bakar, Naib Ketua Cawangan Sdr. Rahmat Maliki serta beberapa orang ahli jawatankuasa Pemuda Kawasan dan cawangan. Kebanyakan penerima adalah ibu tunggal tunggal, miskin dan anak yatim. Sumbangan terdiri daripada beras, gula, minyak masak dan susu serta duit raya.

Di Kg. Bahagia pula, PAS Cawangannya telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang mampu dan anak yatim di sekitar kampung tersebut. Menurut Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia, Sdr. Samsudin Mahmood, seramai 58 orang fakir miskin dan 42 orang anak yatim menerima sumbangan hari raya berbentuk barangan keperluan harian. 

Mohd. Azhar Rafiei menyampaikan sumbangan kepad seorang anak yatim.


Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka Markaz PAS Kg. Bahagia telah dihadiri Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Hj. Mohd. Azhar Mohd. Rafiei. Beliau juga berpeluang menyampaikan ucapan serta menyampaikan sumbangan.
Sdr. Anuar Yahya menyampaikan ucapan.
Hj. Mohd. Azhar menyampaikan ucapan mewakili PAS Kawasan Teluk Intan.

Sementara itu, di Taman Desa Aman, majlis penyampaian sumbangan raya turut diadakan oleh PAS Cawangan Desa Aman. Menurut Ketua PAS Cawangan, Sdr. Anuar Yahya, majlis telah diadakan di Surau Ubudiah di mana yang mana seramai 34 ibu tunggal dan 31 anak yatim menerima sumbangan raya serta duit raya. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan majlis buat tahun kelima berturut-turut.

Sementara itu, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Hj. Mohd. Azhar Mohd. Rafiei telah mengingatkan semua hadirin supaya di dalam kegembiraan menyambut Syawal nanti agar tidak lupa kepada saudara seIslam di Gaza yang telah berhadapan kekejaman tentera Israel.
Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.
Seorang wanita menerima sumbangan daripada Ustaz Abdul Fatah.

"Bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih lama dalam suasana aman dengan kita tidak melupakan rakyat Palestin khususnya Gaza sentiasa dalam keadaan bahaya. Doakanlah kesejahteraan dan kekuatan agar mereka," jelas beliau.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik yang telah diberi peluang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim. Selepas itu, ahli jawatankuasa PAS Kawasan Ustaz Abdul Fatah Awang turut menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin

Kemudian, Ustaz Ismail telah memimpin majlis tahlil sebelum berbuka puasa.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan