TELUK INTAN, 7 September - Slogan 'Beramal Kerana Allah' menjadi pegangan kepada Jabatan Amal untuk melakukan pelbagai aktiviti terutama aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun program-program amal 'tentera merah' ini tetap diteruskan.
Baru-baru ini, Jabatan Amal Teluk Intan telah mengadakan aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Kg. Sungai Manila dekat sini. Menurut Setiausaha Jabatan Amal Teluk Intan, Sdr. Muhammad Nur Basyir, seramai 18 orang anggota Amal telah menyertai usaha murni tersebut di samping dibantu oleh para pemuda di kawasan pesisiran. Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dan kerja-kerja pembersihan selesai dengan jayanya pada sebelah tengah harinya.
"Antara tujuan aktiviti tersebut ialah untuk mendedahkan kepada para anggota Amal dengan kerja-kerja sukarela di samping ingin memasyarakatkan PAS. Diharapkan masyarakat akan melihat dan menilai sendiri akan kegiatan Jabatan Amal selepas beberapa tohmahan diberi oleh pihak tidak bertanggungjawab," jelas beliau lagi.
intanhijau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan