JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 23 Oktober 2014

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN GOTONG-ROYONG BERSIH SURAU



TELUK INTAN, 22 Oktober - Menyedari akan peranan surau sebagai pusat penyebaran ilmu dan kemasyarakatan maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan (DMPTI) telah mengambil langkah proaktif mengadakan aktiviti gotong-royong membersih sebuah surau yang sekian lama tidak diimarahkan dengan aktviti pengajian agama dan sebagainya. Surau tersebut terletak di Kg. Selat Manggis, Sungai Kerawai dekat sini.

Menurut Ketua DMPTI Puan Robiaton  Abas, program gotong-royong tersebut bermula jam 9.30 pagi di mana pihak DMPTI telah diwakili seramai sembilan orang ahli jawatankuasanya serta dibantu seramai 20 orang dari kalangan kaum ibu dan anak-anak penduduk kampung tersebut.

Menurut beliau, antara objektif program tersebut adalah untuk menjalin hubungan baik dengan penduduk kampung tersebut yang agak terpencil dari bandar. Selain itu, program itu juga bertujuan untuk mengimarahkan surau tersebut dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kewanitaan seperti kelas fardhu ain.

"Kaum ibu di kampung ini telah meminta kita mengadakan kelas pengajian agama setiap minggu kerana sebelum ini belum pernah ada sebarang aktiviti pengajian di surau itu. Pihak muslimat juga memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbangkan tikar getah untuk keselesaan jamaah," tambah beliau lagi.

Kelihatan wujud kemesraan semasa melakukan aktiviti membersihkan surau. Masing-masing menjalankan kerja sehingga akhirnya surau berjaya dibersihkan. Majlis diakhiri dengan menikmati juadah yang disediakan bersama-sama.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua DMPTI Pn. Hjh. Faridah Rajiah serta pimpinan Jawatankuasa Muslimat Cawangan Sungai Kerawai.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan