JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 3 November 2014

PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN GOTONG-ROYONG BERSIH RUMAH OKU



TELUK INTAN, 26 November - Kerjasama dalam kalangan parti di dalam Pakatan Rakyat bukan sahaja di dalam politik malah ia telah melangkau ke dalam kerja-kerja kebajikan. Ini terbukti apabila Sekretariat Pakatan Rakyat Teluk Intan telah menganjurkan Program Gotong-royong dan Ramah Mesra di Rumah Ashraful Rohaniah, Kg. Selabak Luar dekat sini baru-baru ini.

Antara objektif program adalah untuk mencurahkan khidmat kebajikan dan kemasyarakatan kepada penghuni rumah kebajikan tersebut. Di samping ia bertujuan mendekatkan pimpinan PR dengan masyarakat.
Wakil Rumah Asharful Rohaniah, Pn. Rohana menyampaikan taklimat.
YB Terence menyampaikan ucapan mewakili PR Teluk Intan.
Program yang bermula awal pagi itu telah dihadiri oleh Pengerusi PR Teluk Intan iaitu ADUN DAP Pasir Bedamar YB Terence Naidu bersama dua orang Timbalan Pengerusi PR Teluk Intan, YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik dan Sdr. Mohammad Hashim selaku Ketua Cabang PKR Teluk Intan. Di samping turut ialah beberapa orang Ahli Jawatankuasa PR Teluk Intan, Unit Amal Teluk Inbtan serta Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.
Sebahagian penghuni OKU sedang bersarapan.

Program bermula dengan ucapan yang disampaikan oleh wakil Rumah Ashraful Rohaniah, Pn. Rohana binti Saidin, 60 yang banyak menceritakan tentang sejarah dan latar belakang rumah berstatus Rumah OKU itu. Menurut beliau, rumah tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan kini mempunyai seramai 70 orang penghuni yang terdiri daripada warga emas, dewasa dan kanak-kanak.

Kemudian, YB Terence telah menyampaikan ucapan mewakili PR Teluk Intan yang menerangkan bahawa usaha murni tersebut merupakan salah satu usaha PR untuk membantu golongan yang kurang mampu yang merupakan rakyat Malaysia.

Muslimat sibuk menyediakan hidangan tengah hari.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan dan pengemasan kawasan sekitar rumah serta membuang sampah-sarap. Manakala, pihak muslimat pula sibuk menyiapkan juadah untuk makan tengah hari.
Penghuni menikmati makan tengah hari.
Ketua Muslimat kawasan, Pn. Robiatun sedang menyantuni seorang warga emas.
Pada sebelah tengah hari, para pimpinan PR telah melayani penghuni rumah OKU itu makan tengah hari. Kelihatan suasana meriah dan mesra apabila pimpinan PR sama-sama makan tengah hari sambil menyuapkan makanan ke mulut penghuni.

Semoga program dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

intanhijau.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan