SHAH ALAM 29 Mei: Sepuluh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Selangor (Exco) mengangkat sumpah hari ini di hadapan Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mereka terdiri daripada empat wakil Pas, tiga dari KEADILAN dan DAP mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang.
Menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengetuai portfolio
Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis
Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu.
Turut mengangkat sumpah ialah Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dilantik sebagai speaker dewan.
Manakala Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai timbalan speaker.
Berikut senarai penuh anggota Exco Selangor:
Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (KEADILAN, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
Dr Daroyah Alwi (KEADILAN, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Rodziah Ismail (KEADILAN, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan
Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian
& Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang
Haram
Sallehin Mukhyi (Pas, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa
Dr Halimah Ali (Pas, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan
Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
Iskandar Abdul Samad (Pas, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar.
(keadilandaily.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan