JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Jumaat, 17 Mei 2013

MUHASABAH PASCA PRU13

 

Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya

Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut, berjuang hanya pada musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam yang kita dokong ini.
 
Bukan kerana penat atau jemu lantaran prinsip kita berjuang ialah ” sehingga Islam tegak berdaulat atau aku mati kerananya” , tetapi kerana bimbang kita hilang keseimbanganantara :
  • tumpuan masa mengendali strategi dan operasi untuk memenangi pilihanraya dan
  • tumpuan untuk mengkaderkan anggota jamaah agar layak dan menepati piawaian sebagai ansoorullah [ pejuang - pejuang agama Allah swt ]
Sebagai sebuah Gerakan Islam yang melibatkan diri secara rasmi dipentas politik di negara kita, kedua – kedua aspek tersebut sangat penting dan perlu diberi tumpuan seimbang. Pincang salah satu darinya, membuatkan kita hilang keseimbangan dan mudahlah kita tersungkur meskipun kita mendokong kebenaran.
 
Kita perlu memantapkan sekurang – kurangnya 3 perkara asas :
  • Pemantapan fikrah Islami yang syumul
  • Pengukuhan dan pemerkasaan parti [ organisasi ]
  • Pembinaan sumber manusia [ murabitun - ahli atau pimpinan ]
 
Hindarilah dari terjebak dalam sebarang bentuk konspirasi yang merosakkan keutuhan jamaah dan kesatuannya. Sebaliknya bantu jamaah agar ia semakin mantap dan kuat bersendikan ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh. Bukan menyusahkan jamaah dan mengkucar – kacirkannya dengan idea dan tindakan yang tidak menepati akhlak Islami.
 
Kita mesti berfikir positif jika kita mahu jamaah yang kita dokong ini maju dan tabah meredah zaman yang semakin kompleks namun zaman ini memerlukan bahtera penyelamat. Fikir positif pada nokhtah – nokhtah di bawah insyaallah, sedikit sebanyak akan membantu jamaah kita mara selangkah kehadapan.
  • Jangan kecewa dan melatah kerana kalah pilihanraya.
  • Usah resah berdepan fitnah dan tohmahan musuh.
  • Segera selesaikan masaalah yang dihadapi oleh jamaah.
  • Bantu dan beri kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih.
  • Hidupkan budaya tegur dan nasihat namun beradab.
  • Pamerkan akhlak Islami kepada kawan dan lawan.
  • Asaskan tindakan berpandu wahyu dan sunnah.
  • Senantiasa berfikir dan merangka strategi
  • Santuni masyarkat dan menangi hati mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan