JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 4 Jun 2013

NGO MESRA KERAJAAN GESA SEKAT FB

NGO gesa kerajaan sekat Facebook

June 04, 2013
KUALA LUMPUR, 4 Jun  — Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mesra Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan mengikut langkah negara Iran dan China dengan menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin menyokong kerajaan menyekat penggunaan Facebook kerana telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

 — Gambar AFPMenurut Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin, tindakan tersebut boleh dilakukan oleh kerana terdapat pengguna laman sosial itu yang menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci pemimpin negara,
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.

“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” tambah beliau.

Beliau diminta mengulas mengenai sekumpulan pengguna Facebook bertindak menghina ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di Facebook semasa Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin menyokong kerajaan menyekat penggunaan Facebook kerana telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

“Laman sosial sepatutnya digunakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini,” katanya.

Abu Bakar Yahya yang merupakan Pengerusi Perkasa Selangor mengatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan.

“Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.

Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan pada Ahad berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam NGO.

“Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.(MALAYSIANINSIDER)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan