JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 19 Jun 2013

PERJUANGAN ISLAM BERDASARKAN ILMU BUKAN ISU



TELUK INTAN, 19 Jun - Perjuangan Islam adalah berdasarkan ilmu bukan isu. Oleh kerana itu, walaupun perjuangan tersebut bertemu dengan kekalahan atau kemenangan ia tidak berhenti malah ia berterusan. Demikian dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Mohd. Nasir Zakaria sebagai naqib jemputan dalam majlis Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan bagi bulan Jun. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini. Beliau menyampaikan kertas kerja yang bertajuk "Qada' dan Qadar dalam Perjuangan Islam".

Perjuangan Islam merupakan satu proses yang panjang dan ia tidak berhenti sama ada ia dikurniakan kemenangan mahupun kekalahan. Oleh itu, sama ada menang atau kalah kesemuanya itu merupakan ujian dari Allah SWT.
Yang di Pertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik bersama naqib jemputan.
"Dalam perjuangan Islam ini, ada tiga jenis manusia iaitu orang yang sabar tetapi tidak berjuang, orang yang berjuang tetapi tidak berjuang dan orang yang tidak ada kedua-duanya," tambah bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu lagi.

Menurut beliau lagi, dalam konteks qada' dan qadar sebagai rukun iman yang keenam, ia boleh dikaitkan denga perjuangan Islam.

Pertama, qada' dan qadar dapat membina keyakinan pejuang dengan keyakinan bahawa hanya Allah sahaja yang memberi kemenangan atau kekalahan.

Kedua, qada' dan qadar dapat menggerakkan gerak kerja yang maksimum dan terbaik dalam jamaah Islam.

Ketiga, ia juga dapat membunuh sifat pengecut para pejuang dengan keyakinan bahawa segala manfaat dan mudarat hanya datang dari Allah.

Keempat, qada' dan qadar dapat menjadikan pejuang istiqamah dalam perjuangan dengan melakukan kerja minimum tetapi berterusan dan berkesan.

Akhir sekali, qada' dan qadar juga mampu membina keikhlasan dan tawadhu' dalam diri pejuang.
Sebahagian ahli yang hadir.
Liqa bulan ini merupakan liqa yang pertama diadakan pasca PRU13 dan ia telah menarik kehadiran yang begitu ramai ahli dan penyokong ke markaz kawasan. Ia turut dihadiri pimpinan PAS kawasan dan cawangan di seluruh Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan