JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 12 Jun 2013

PAS KAWASAN TELUK INTAN MENGHARGAI PETUGAS PRU13



TELUK INTAN, 12 Jun - Walaupun gagal mempertahankan kemenangan di DUN Changkat Jong namun pengorbanan para petugas PRU13 tidak dilupakan. Begitu juga dengan pengalaman yang ditimba tidak dipersia-siakan sebagai pengajaran pada PRU akan datang. 

Baru-baru ini, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan majlis sesi pengumpulan maklumat dengan mengumpulkan para petugas agen mengundi dan agen mengira undi (PACA). Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menyedari bahawa tugas sebagai PACA merupakan benteng terakhir dalam sebuah pilihan raya, maka sesi tersebut dikira sebagai penting untuk mengutip segala maklumat berdasarkan pengalaman para petugas di setiap saluran. Kehadiran melibatkan para petugas PACA di seluruh saluran UPU yang juga turut dihadiri para petugas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan.

Petugas PACA sedang menceritakan pengalaman semasa bertugas.

Majlis telah dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Pilihan Raya kawasan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei dan turut dohadiri bekas calon N56 Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan PAS kawasan.

Dalam majlis tersebut,  para petugas PACA telah diberi peluang menyampaikan serta menceritakan pengalaman mereka selaku benteng terakhir pada hari mengundi. Ia diikuti oleh ulasan dan cadangan demi memperbaiki lagi prestasi petugas pada masa akan datang.
Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan Sdr Sarguna menerima sijil penghargaan daripada Hj. Anuar.


Pada penghujung majlis, para petugas telah diberikan sijil penghargaan sebagai tanda penghargaan kepada para petugas PRU13. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh bekas calon N56 sendiri iaitu Hj. Mohd. Anuar Sudin.

intanhijau.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan