JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 7 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI DARI PAS KAWASAN TELUK INTAN




TELUK INTAN, 06 Ogos - Ramadhan semakin menutup tirai maka Syawal bulan kemenangan bakal menjelma. Semoga tarbiyyah yang diterima di sepanjang bulan Ramadhan dapat memberikan sesuatu yang berharga kepada setiap umat Islam.

Wan Hashim @ Nizar
Bagi seorang pengamal media baharu facebook yang digelar Wan Hashim @ Nizar, Ramadhan diharap dapat meningkatkan semangat berjuang memartabatkan Islam dalam jiwa setiap ahli PAS.


Bagi seorang aktivitis PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Sulaiman Abdulah, Syawal memberi peluang umat Islam mengucapkan kesyukuran kepada Allah atas kemenangan mengekang hawa nafsu. Beliau juga berharap agar Allah memberikan peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan.


Hj. Mohd. Azam bin Yusuf, pengedar Harakah di Teluk Intan pula mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pembaca Harakah di sekitar Teluk Intan, Bagan Datoh dan Chenderong Balai.


Bagi Pemangku Ketua PAS Cawangan Seri Setia, Hj. Ahmad Shaharuddin Ramli, menngucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam.

Selain itu, sebahagian besar pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada umat Islam.

Bagi Sdr. Aamir, ahli jawatankuasa PAS kawasan, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli PAS serta para penyokong PAS di seluruh Teluk Intan.


Bagi Hj. Abidin Sharif, Penolong Setiausaha PAS kawasan, berharap Idil Fitri akan disambut dengan jelmaan ruh tarbiyyah Ramadhan yang telah dilalui. Beliau juga berharap berlaku peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan perjuangan Islam.


Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei berharap sambutan Syawal diambil kesempatan untuk saling bermaafan antara satu sama lain. Beliau turut berharap tarbiyyah Ramadhan kali ini dapat melahirkan para pejuang yang beroleh ketaqwaan kepada Allah.


Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang pula berkata 'Eidul Fitri' yang bermaksud kembali kepada fitrah adalah merupakan satu simbolik hasil tarbiyyah Ramadhan al Mubarak. Beliau berharap umat Islam menjadikan Eidul Fitri sebagai medan muhasabah diri setakat mana kejayaan diri dalam memenuhi tuntutan agama.

"Saya mewakili DPPKTI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada para pemuda Islamndi kawasan Teluk Intan. Kepada perantau, diucapkan selamat pulang dan berhati-hati di jalan raya. Maaf zahir dan batin," tambah beliau lagi.


Bagi mantan ADUN Changkat Jong, Hj. Mohd. Anuar Sudin, berharap tarbiyyah Ramadhan akan menjadikan umat Islam sebagai hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum Ramadhan.

"Saya mengambil kesempatan menjelang Syawal ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada muslimin dan muslimat khususnya kepada ahli-ahli PAS di seluruh cawangan di dalam kawasan Teluk Intan. Semoga dapat mengekalkan ketaqwaan dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya setelah kita meninggalkan Ramadhan," tambah beliau yang juga merupakan Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan.


Akhir sekali, Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik, berharap semoga madrasah Ramadhan yang meberikan latihan selama sebulan akan mengembalikan umat Islam kepada keadaan fitrah iaitu asal kejadian dan seterusnya pada hari mendatang sebagai seorang yang bertaqwa yang patuh kepada ajaran al Qur'an dan ajaran Nabi akhir zaman.

"Sempena Hari Raya Fitrah yang barakah ini, saya bagi pihak PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam di Teluk Intan," tambah beliau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan