JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Jumaat, 13 Jun 2014

ANTARA TINDAKAN KEMANUSIAAN DAN KEBINATANGAN


Bintang Muslim dalam Piala Dunia Brazil



PIALA Dunia FIFA 2014 baru sahaja bermula pagi tadi. Demam bola sepak ini melanda seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa, dan keturunan. Semuanya akan duduk semeja untuk meraikannya, itulah keunikan sukan ini.

Di sebalik kemeriahannya, terdapat beberapa pemain bintang yang beragama Islam bermain mewakili negara bukan Islam. Perlu diingat juga, terdapat pemain bukan Islam yang mewakili negara Islam. Namun, seperti yang dinyatakan awal tadi, faktor agama bukanlah isu utamanya. Yang penting setiap mereka akan berjuang bersungguh-sungguh memenangkan negara yang diwakili.

Yang berikut beberapa pemain muslim bertaraf bintang yang turut serta dalam Piala Dunia kali ini.

1. Edin DĹľeko

DĹľeko dilahirkan pada Mac 1986 di Sarajevo, Bosnia. Sekarang bermain untuk Manchester City. Penglibatannya dalam bola sepak bermula sebagai  pemain tengah dalam pasukan remaja Ĺ˝eljezniÄŤar. Dia dianggap pemain paling berbakat di kelabnya dan pada November 2009, DĹľeko menjadi pemain Bosnia pertama dilantik sebagai duta UNICEF.

Ketika pusingan kelayakan, DĹľeko menjadi penjaring terbanyak bagi kumpulan G iaitu 10 gol dan Bosnia mencipta sejarah layak kali pertama ke pusingan akhir di Brazil.

2. Mesut Ă–zil

Mesut Ă–zil, bermain untuk Jerman dan Arsenal. Dia mewakili pasukan remaja Jerman sejak 2006 dan kemudiannya untuk pasukan kebangsaan Jerman sejak 2009.

Kelibat Ă–zil di peringkat antarabangsa mula menyerlah ketika mewakili Jerman semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan – dia dianugerahkan Anugerah Bola Emas– untuk pemian terbaik kejohanan.

Pada tahun lepas ketika berusia 24 tahun, Ă–zil  menjadi ahli sukan termuda di Jerman yang dibina patung lilin di Muzium Berlin.

3. Sami Khedira

Sami Khedira, pemain tengah Real Madrid merupakan rakan sepasukan Ă–zil. Dia dilahirkan pada April 1987 dan pernah bermain untuk VFB Stuttgart sebelum pindah ke Real Madrid.

4. Karim Benzema

Karim Benzema merupakan rakan sepasukan Sami Khedira dalam kelab Real Madrid tetapi mewakili Perancis dalam Piala Dunia kali ini.

Ketika usianya 19 tahun, pada 2007, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Eropah. Sebelum itu, pada usia 17 tahun dia telah menjaringkan gol yang cantik ketika turun kali pertama mewakili kelabnya Lyon.

Benzema kemudiannya membantu Lyon mempertahankan juara liga bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.

Persembahan cemerlangnya ketika piala UEFA 2007 menarik perhatian kelab ternama seperti Real Madrid, Barcelona, AC Milan dan Inter Milan.

5. Mamadou Sakho

Keluarga Mamadou Sakho berasal dari Senegal. Dia kini mewakili Perancis sebagai pemain pertahanan tengah dan bermain untuk Liverpool.

Kerjayanya bermula pada tahun 2003 apabila dipilih bermain dengan kelab Paris Saint-German (PSG) pada usia 12 tahun. Pada tahun 2007, dia memulakan bermain sebagai pemain profesional dengan PSG dan perlawanan pertamanya ialah menentang kelab Valecien yang berkesudahan seri – dan menjadi ketua pasukan termuda dalam liga.

6. Yaya Toure

Pemain tengah Manchester City ini mewakili Ivory Coast dan merupakan kemunculan kali ketiga dalam Piala Dunia. Pertama kali mewakili negara pada tahun 2004 dan telah memenangi pelbagai kejuaran kelab termasuk dua kali juara liga Sepanyol, dua kali juara liga Inggeris, juara Super Greek, dan Piala Juara-juara

7. Kolo Toure

Adik-beradik Yaya Toure  ini mewakili kelab Liverpool dan sehingga kini telah mewakili Ivory Coast 107 cap. Kali pertama mewakili negara ialah ketika pertemuan Ivory Coast menentang Nigeria pada Julai 2000. Sebagai pemain pertahanan, keupayaannya menjaringkan 6 gol setakat ini begitu membanggakan.

8. Sulley Muntari

Pemain yang mewakili Ghana ini dilahirkan pada Ogos 1984 dan telah memperoleh 81 cap. Dia turut bermain dalam dua Piala Dunia sebelum ini. Ketika Piala Dunia 2006, dia menjaringkan gol bagi membantu Ghana memperoleh kemenangan pertama dalam Piala Dunia ketika menewaskan Republik Czech. Pada Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 dia menjaringkan gol penting ketika menewaskan Uruguay untuk layak ke suku akhir.

Di peringkat kelab, Dia kini bermain untuk AC Milan, Itali.

9. Ahmed Musa

Ahmed Musa dilahirkan di Nigeria pada Oktober 1992 dan mula mewakili negaranya pada September 2010 menentang Madagascar. Dia kini bermain untuk kelab CSKA Moscow. Ahmed memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 2008 dengan kelab Nigeria  JUTH F.C. - HARAKAHDAILY, 13/6/2014

HUDUD BUKAN PUNCA DAP KALAH DI TELUK INTAN



KOTA BHARU:  Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa isu pelaksanaan hudud bukanlah menjadi punca utama kekalahan DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan malah beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS  kerana telah berusaha memenangkan calonnya yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK itu.

Menurut Kit Siang, kesungguhan PAS membantu calon DAP PRK Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud begitu mengharukan.

Mengulas pertemuannya dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru, dekat sini, semalam, beliau berkata, antara tujuan pertemuan itu adalah untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo sebelum ini.

Gobind ketika mengulas kekalahan Dyana pada PRK Teluk Intan dilaporkan media meletakkan kesalahan kepada isu hudud yang diperjuangkan PAS.

Menurut Kit Siang, Gobind tidak bermaksud menyalahkan PAS sehingga calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat tewas dalam PRK itu.

“Gobind ada sebut ianya (hudud) hanya antara faktor kekalahan, malah Gobind juga turut mengucapkan terima kasih di atas usaha PAS selama ini yang turun padang membantu berkempen sehingga di hari pilihan raya (pembuangan undi),” ujarnya.

Pelaksanaan hudud, ujar Kit Siang bukan isu utama pada PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Ketika ditanya pemberita tentang punca kekalahan sebenar DAP dalam PRK tersebut, beliau berkata ia masih dalam kajian dan puncanya masih belum diketahui.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa isu hudud akan dijadikan isu utama oleh pihak tertentu pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau menyarankan parti-parti komponen Pakatan Rakyat agar mempersiapkan diri untuk menangkis cubaan BN untuk menjadikan hudud sebagai senjata kempen pilihan raya.

Hadir sama mengiringi Kit Siang melakukan kunjungan hormat ialah bekas calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. - HARAKAHDAILY, 13/6/2014

Selasa, 10 Jun 2014

Mengapa bercakap tentang hudud setelah jadi pembangkang?



KUALA LUMPUR: Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.

“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.

“Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Kamarol Zaki dilapor telah menghantar usul kepada Dun Selangor agar kerajaan negeri digesa mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud.

Salinan usul yang dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun itu menyebut:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.” - HARAKAHDAILY, 10/6/2014

Khamis, 5 Jun 2014

KEMENANGAN YANG TIDAK BERGAYA; KEKALAHAN YANG AMAT BERGAYA



TELUK INTAN, 5 Jun - PRK Teluk Intan telah pun berlalu dan sudah pasti ada menang dan ada yang kalah. Kemenangan calon BN Datuk Mah Siew Keong dengan lebihan undi 238 ke atas calon DAP Dyana Sofya boleh diibaratkan sebagai sebuah kemenangan yang paling tidak bergaya.

Mengapa dikatakan begitu :
  • selaku Presiden parti Gerakan, adalah amat memalukan apabila kemenangan beliau hanya dengan majoriti yang sangat rendah
  • setelah segala ketumbukan BN dari seluruh negara bertumpu di Teluk Intan termasuk penggunaan jentera dan agensi kerajaan akhirnya telah dikurniakan kemenangan dengan majoriti 238 sahaja
  • Datuk Mah berhadapan dengan calon yang amat baharu iaitu Dyana Sofya, dengan kapasiti debagai Presiden Gerakan dan orang tempatan namun hanya dapat meraih majoriti yang sangat rendah
  • peranan undi pos dan undi awal masih menjadi peti simpanan tetap kepada BN. Apa tidaknya, jika tanpa undi pos dan undi awal, calon DAP sedang mendahului calon BN dengan majoriti 25 undi.
  • dan banyak lagi yang boleh difikirkan...
Selain itu, kemenangan yang tidak bergaya tersebut terpaksa dilunasi dengan pelbagai janji manis BN, antaranya iallah :


  • pelantikan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri kabinet
  • sebuah universiti yang baharu di Teluk Intan
  • kemudahan Internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi
  • mewujudkan zon wifi percuma
  • uniform baharu untuk RELA
  • membina sebuah sekeolah menengah Tamil
  • projek tebatan banjir sungai
  • projek rumah mampu milik
  • bandar bertaraf UNESCO
 Janji tetap janji. Ia perlu ditunaikan, Jika tidak, dengan bahasa mudah orang yang tidak menepati janji dipanggil sebagai pembohong.

Apapun, sewaktu pelancaran manifestonya, Mah dilaporkan berkata bahawa beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap janji-janji yang dibuat menteri BN sebelum ini.

Kepada Cik Dyana Sofya, kekalahan anda adalah satu kekalahan yang amat bergaya. Anda sebenarnya telah diterima dengan baik oleh pengundi Teluk Intan. 

 intanhijau.blogspot.com

Ahad, 4 Mei 2014

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN ANJUR HARI KEBAJIKAN DAN KESIHATAN KELUARGA



TELUK INTAN, 4 Mei - Aspek kesihatan merupakan perkara utama dalam sesebuah keluarga. Ia juga merupakan perkara yang diambil kira agar ibadah dapat disempurnakan. Oleh kerana itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan telah berjaya menganjurkan Hari Kebajikan dan Kesihatan Keluarga PASTI 2014 baru-baru ini. Ia adalah anjuran bersama dengan PASTI Kawasan Teluk Intan. Program telah diadakan di perkarangan PASTI Ibnu Sina, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Pengarah program, Pn. Fuziah Dahari.
Menurut pengarah program, Puan Fuziah Dahari, antara objektf program tersebut ialah memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa betapa pentingnya tanggungjawab penjagaan  kesihatan dan kebajikan keluarga bagi menjamin kualiti kehidupan. Selain itu, program tersebut juga bertujuan dapat melestarikan ukhuwwah antara ibu bapa dan warga PASTI.
Pemeriksaan kesihatan.
Ceramah kesihatan.

Antara hadiah-hadiah yang disedikan.
Menurut beliau lagi, ada banyak aktiviti yang telah diatur bagi mengisi program yang bermula pagi hingga tengah hari itu. Antaranya ialah wacana kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan ceramah tentang pemakanan kanak-kanak oleh pegawai perubatan bertauliah.

"Program ini juga tidak melupakan aktiviti untuk kanak-kanak. Kita telah menyediakan beberapa pertandingan untuk kanak-kanak dan remaja seperti kuiz kesihatan, dam ular, congkak, mewarna, timbang bola dan 'teen master chef'. Jualan amal Bundle turut diadakan," tambah beliau lagi.
Ketua Dewan Muslimat kawasan, Pn. Robiatun menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Program berkonsepkan memasyarakatkan PAS itu telah dirasmikan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Dalam ucapan, beliau telah menyeru para ibu bapa agar menitik beratkan aspek penjagaan kesihatan keluarga khususnya kesihatan anak-anak kerana kesihatan merupakan teras kepada kecemerlangan ibadah yang dilakukan.

intanhijau.blogspot.com