Lajnah
Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat mengarahkan supaya seluruh ahli PAS
berpuasa pada Hari Wuquf tanggal 9 Zulhijah 1433 bersamaan 25 Oktober
2012 (Khamis). Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
menjelaskan hari itu yang mempunyai kelebihan bagi mereka yang berpuasa
sebagaimana sabda Rasulullah SAW. bermaksud "
Puasa Hari Arafah: Aku berharap
Puasa Hari Arafah: Aku berharap
Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya". (Riwayat Muslim)
Justeru, beliau meminta semua Lajnah Tarbiah Kawasan menyusun program dengan baik dan teratur di markaz atau tempat yang difikirkan perlu. Katanya tentatif program bermula sekitar jam 5.30 petang dengan bacaan surah Yaasin dan zikir munajat, diikuti iftar jamaie, solat Maghrib, takbir, tazkirah dan solat Isyak.
“Semoga program ini dapat menjana kekuatan ruhiah dan memohon restu Allah untuk menghadapi PRU13. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan, keikhlasan, memantapkan ukhwah di kalangan petugas dan memberi hidayah kepada seluruh pengundi insya Allah,” ujarnya. (Hrkh)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan