JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 25 Oktober 2012

X-PRESI HIJAU ANAK MUDA TELUK INTAN BERJAYA


TELUK INTAN, 20 Oktober - X-presi Hijau Anak Muda peringkat Teluk Intan telah berjaya diadakan dengan pelbagai aktiviti diadakan di sekitar Teluk Intan. Antara objektif program ialah untuk menggerakkan anak-anak muda bersama-sama gerakan Islam khusus menjadikan PAS dan PR sebagai pilihan utama anak muda. Ia juga menepati dengan slogan 'Anak Muda Geng Kite'.





Antara aktiviti yang telah diadakan ialah konvoi bermotosikal dan kereta yang melibatkan sebahagian besarnya anak-anak muda. Konvoi bermula dari Masjid Kg. Air Hitam selepas solat Asar. Konvoi telah diketuai sendiri Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang. Turut sama ialah ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin, Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan serta pimpinan kawasan, pemuda dan cawangan. Apa yang menarik ialah kehadiran tetamu istimewa yang turut menyertai konvoi iaitu Ikon Anak Muda, Sdr. Leman Raja Lawak.



Setibanya di bandar Teluk Intan, para peserta konvoi telah berhenti di tapak Pasar Minggu. Di sana, mereka bersama-sama ADUN Changkat Jong dan Sdr. Leman Raja Lawak mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Pada sebelah malamnya, beberapa aktiviti diadakan iaitu majlis tazkirah oleh Sdr. Leman di Surau Kg. Pisang, Batak Rabit dekat sini. Kemudian acara kemuncak E-presi Hijau Anak Muda peringkat Teluk Intan ialah ceramah perdana yang menampilkan penceramah hebat seperti Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Sdr. Leman Raja Lawak dan ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin.



Secara umumnya, E-presi Hijau Anak Muda ini telah berjaya mencapai objektif serta misi yang telah ditetapkan. Semoga ia dapat menyemarakkan lagi semangat anak-anak muda bersama PAS dan PR khususnya di Teluk Intan.

intanhijau2.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan