JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 24 Oktober 2012

JELAJAH PERAKITE DI TELUK INTAN


TELUK INTAN, 21 Oktober - Demi membangkitkan minat dan gelombang kebangkitan rakyat terhadap PR khususnya PAS serta menyemarakkan gelombang Tawan Perak maka dua lujnah iaitu Lujnah Penerangan dan Lujnah Pemerkasaan Parti berpadu tenaga menganjurkan Siri Jelajah Perakite baru-baru ini.




Jelajah tersebut melibatkan dua kumpulan yang menjelajah ke seluruh negeri Perak. Kumpulan Dua yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 1, YB DS Hj. Nizar Jamaluddin telah menuju ke zon selatan. Lokasi pertama ialah Bagan Datoh dan singgah di Teluk Intan.

Lebih kurang jam 9.30 pagi, rombongan Jelajah Perakite telah sampai di pekan Teluk Intan. Selain DS Nizar, turut serta ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha BPPN Perak Dr. Muhaimin Sulam, Ketua Penerangan Ustaz Nuri Al Amin serta ahli-ahli Badan Perhubungan PAS negeri dan dewan-dewan.








Kehadiran ahli-ahli rombongan telah disambut oleh pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan serta ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Lokasi yang dilawati ialah Pasar Tani dan Pasar Minggu di bandar Teluk Intan. Para peserta jelajah telah mengedarkan nasi dagang dan risalah kepada para pengunjung Pasar Tani dan Pasar Minggu.

Di samping, ia telah diambil kesempatan oleh pimpinan PAS negeri untuk beramah mesra dan menyantuni warga Teluk Intan. Daripada pemerhatian, para pengunjung telah menerima kehadiran pimpinan parti dengan baik dan mesra. Apatah lagi, dengan kehadiran DS Nizar yang begitu bersahaja menyapa dan bertanya khabar setiap orang yang ditemui. 


Setelah hampir sejam, para peserta jelajah berkumpul untuk bergambar beramai-ramai di hadapan Menara Condong Teluk Intan. Kemudian, mereka meneruskan jelajah menuju ke Tapah.

intanhijau2.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan