JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 14 November 2012

KALAU BN DAPAT SELANGOR, BN AKAN BATAL PROJEK KONDO... LAWAK-LAWAK


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan sokongan undi.

"Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan.

"Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN menawan Selangor," jelasnya.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat  turut menyatakan tindakan Najib itu dilihat amat terdesak apabila sokongan dari orang Cina dan India terhadap BN mula merosot.

"Beliau ingin mendapat kembali undi dari kaum India sebab itulah terpaksa membuat pengumuman yang memalukan.

"Walhal semua rakyat sudah mengetahui siapa sebenarnya pemilik projek kondominium tersebut, sudah lima tahun tanpa ada pengumuman tiba-tiba bila hampir pilihan raya pengumuman tersebut dilakukan," sambung beliau lagi.

Semalam, Najib telah mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

Beliau membuat pengumuman itu ketika  berucap di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan kompleks Batu Caves.

Namun sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataan pada 7 November memberitahu kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek tersebut bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan