JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 24 November 2012

PAS TELUK INTAN ANJUR PROGRAM JOM MAKAN DURIAN


TELUK INTAN, 23 November - Musim buah-buahan tempatan seperti durian telah memberikan inspirasi kepada PAS Kawasan Teluk Intan untuk menganjurkan program Jom Makan Durian. Ia merupakan anjuran bersama dengan PAS Cawangan Batu Tiga/Cicely dan telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Batu Tiga/Cicely dekat sini.




Walaupun cuaca pada petang itu hujan renyai namun ia tidak menghalang orang ramai untuk hadir beramai-ramai. Mereka telah menikmati buah durian, rambutan dan manggis. Apa yang membanggakan, kebanyakan buah-buahan tersebut adalah hadil sumbangan para ahli dan penyokong parti.

Selain buah-buahan, para hadirin turut dihidangkan dengan roti jala, kuah durian, pulut dan santan. Kehadiran masyarakat setempat adalah terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina dan India. Masing-masing datang menikmati juadah dengan tanpa rasa janggal antara satu sama lain.

Majlis turut meriah dengan kehadiran ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri, Puan Hjh. Faridah Rajiah. YB dan isteri telah mengambil kesempatan beramah mesra dengan orang ramai.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan