JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 25 November 2012

ADUN CHANGKAT JONG MERAIKAN KANAK-KANAK BERKHATAN


TELUK INTAN, 25 November - Pakatan Rakyat cawangan Sg. Samak telah menganjurkan majlis berkhatan. Majlis tersebut telah diadakan di kediaman Ketua PAS Cawangan Sg. Samak, Hj. Saipudin Abd. Hamid dekat sini.

Tetamu khas yang hadir ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri serta Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki. 
Majlis khatam quran berjalan.

Isteri YB, Pn. Hjh. Faridah turut sama hadir.

YB Anuar menyampaikan tazkirah.
YB Anuar bersama Hj. Saipudin yang baru kembali dari Mekah.

Majlis telah dimulai dengan majlis berkhatam oleh anak-anak kampung tersebut. Diikuti pula dengan majlis tahlil. Majlis ini juga adalah bersempena kepulangan Hj. Saipudin dan isteri dari menunaikan fardhu haji.

Selepas itu, semua tetamu menjamu selera dan pada masa yang sama, majlis berkhatan bermula. Seramai lapan orang kanak-kanak telah menyertai majlis berkhatan. 



Sebelum itu, YB dan isteri telah menyampaikan sumbangan kepada kesemua para peserta berkhatan serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka.
YB disambut oleh ahli keluarga yang kematian bapa.


Selepas itu, YB dan rombongan telah meluangkan masa menziarahi keluarga yang kematian bapa di kampung tersebut. Kehadiran YB Anuar telah disambut mesra oleh anggota keluarga arwah.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan