JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 26 November 2012

ADUN CHANGKAT JONG SERAH KERUSI RODA PESAKIT BUAH PINGGANG


TELUK INTAN, 26 November - Atas usaha ADUN Changkat Jong, seorang warga emas India yang mengalami sakit buah pinggang telah menerima sebuah kerusi roda daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Parvathy a/p Duraisamy, 57, kini menderita sakit buah pinggang. Kini beliau sedang menerima rawatan hemodialisis di Hospital Teluk Intan sebanyak tiga kali seminggu. Turut hadir sama menyerahkan kerusi roda ialah Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan, Sdr. Sarguna.


YB Anuar, Sdr. Sarguna dan Pn. Parvathy serta suami.
Menurut Sdr. Sarguna, kini pihak DHPP Teluk Intan atas kerja sama ADUN Changkat Jong menguruskan pengangkutan pergi dan balik Parvathy ke hospital untuk melakukan rawatan hemodialisis tersebut dengan menaiki van Khidmat Masyarakat DUN Changkat Jong dari rumahnya di Taman KPJ Batu 12, Jalan Bidor ke Hospital Teluk Intan.

Van Khidmat Masyarakat ADUN Changkat Jong.
Puan Parvathy mengucapkan terima kasih kepada YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan pihak DHPP yang telah berusaha mendapat beliau sebuah kerusi roda yang baharu dari JKM Teluk Intan.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Anuar dan DHPP yang menyediakan pengangkutan untuk saya berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan tiga kali seminggu," tambah Parvathy lagi.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan