JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 22 November 2012

20 Artis Tidak Malu Kutip Derma Tanda Sokong Rakyat Palestin

20 Artis Tidak Malu Kutip Derma Tanda Sokong Rakyat Palestin

Sebahagian daripada 20 artis yang terlibat dalam kutipan derma di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu sebagai sokongan kepada rakyat Palestin.
 
KUALA LUMPUR: Seramai 20 selebriti terkenal tanah air melakukan kegiatan amal dengan mengutip derma daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang teraniaya akibat kekejaman rejim Zionis.

Naib Pengerusi Usrah Fitrah dan pelakon, Irma Hasmie berkata, kutipan yang dijalankan sekitar Bukit Bintang di sini pada Rabu itu mendapat sambutan tidak berbelah bagi daripada golongan artis.

"Syukur Alhamdulillah ramai rakan artis membantu dalam menjayakan projek yang kami rancang dalam masa singkat.

"Mungkin kita tidak mampu untuk pergi berjuang di Gaza namun apa yang kami lakukan ini juga sebahagian daripada perjuangan sebagai tanda sokongan kepada penduduk Islam yang sedang dizalimi di Palestin,” ujarnya ketika ditemui pihak media di sini pada Rabu.

Pelakon Yatt (kiri) dan Salima berasa sedih dengan penderitaan umat Islam di Palsetin yang dizalimi Israel.
 
Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit dan Roslan Shah.
Kesemua selebriti tersebut berkumpul di pusat beli belah Pavillion di sini sebelum mereka berpecah dalam beberapa kumpulan dan bergerak sekitar kawasan Bukit Bintang dan KLCC bagi melakukan kutipan.
Dalam pada itu, Irma berkata, pihaknya tidak menyasarkan jumlah tertentu namun akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang daripada orang ramai bagi tujuan tersebut.
Malah kata Irma, pihaknya juga merancang untuk meneruskan kutipan tersebut ke beberapa lokasi tempat awam yang lain selepas ini.
"Kita tidak akan berputus asa dan usaha ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain. Insya-Allah semua hasil kutipan akan disalurkan kepada saudara Islam kita di Gaza secepat mungkin," ujarnya.

Roslan Shah (kanan) turut mengambil bahagian.
 
Sementara itu, salah seorang anggota Usrah Fitrah, pelakon Yatt Hamzah memberitahu, mereka juga merancang untuk mengadakan solat hajat perdana dan solat hajat selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid yang akan ditentukan kemudian.

"Ini adalah usaha kami bersama Badan Aman Palestin dan orang ramai dijemput hadir untuk melakukan solat hajat tersebut.

"Maklumat lanjut mengenai solat hajat itu akan dikemas kini dari masa ke semasa menerusi laman web kami dan Aman Palestin," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Yatt berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun: 1202-9010-0478-80) atau Maybank Malaysia Berhad (5622-6301-0787) atas nama 'Aman Palestin Berhad'.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PALESTIN 10 (Jika nilai RM10) dan hantar ke 39111.(MSTARONLINE)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan