IPOH – DAP Perak menggesa Perdana Menteri (PM) menyenaraikan kesalahan
dan dosa yang dilakukannya sehingga beliau memohon maaf kepada rakyat.
Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, kata maaf yang dibuat di persidangan Umno Khamis seolah-olah mengandungi maksud tersirat yang ingin diketahui rakyat.
“Saya dengan rendah hati mahu PM senaraikan apakah dosa yang pernah dilakukannya supaya rakyat tahu.
“Adakah ia termasuk dosa beliau dalam peristiwa rampasan kuasa Kerajaan Perak pada 2009 lalu juga isu ‘penculikan’ beberapa wakil rakyat lompat parti yang ditawarkan habuan,” katanya pada sidang media, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, peristiwa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) digulingkan Barisan Nasional (BN) itu masih diingati rakyat terutama apabila Speaker Dun ketika itu, V Sivakumar diheret, dicekik sehingga jubah terkoyak.
“Semua ini perlukan penjelasan bukan hanya sekadar permohonan maaf. Sebagai rakyat, kami tunggu jawapan tersebut,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memohon maaf dan meminta pengundi tidak menghukum Umno di atas kekhilafan lalu sambil menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan pilihan raya biasa.(sinarharianonline)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan