JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 26 Disember 2012

KERABAT TELUK INTAN ANJUR BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH


TELUK INTAN, 25 Disember - Kebajikan Rangkain Bekas Anggota Tentera (KERABAT) Teluk Intan telah berjaya mengadakan Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah bawah 18 tahun baru-baru ini. Ia merupakan anjuran bersama  KERABAT Teluk Intan, Bagan Datoh dan Pasir Salak. Pertandingan tersebut telah diadakan Padang Kg. Bahagia dekat sini.

Menurut Pengerusi KERABAT Teluk Intan merangkap Pengerusi penganjur, Lt. Kdr. Mohamad Za'ba b. L. Sharip TLDM (B) di dalam ucapan aluan, antara objektif pertandingan ialah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam pemain bola sepak di sekitar Teluk Intan, Pasir Salak dan Bagan Datoh.
Lt. Kmr. Za'ba menyampaikan ucapan selaku pengerusi penganjur.

Pertandingan yang bermula seawal 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin yang telah menyampaikan ucapan serta melakukan sepak mula sebagai tanda bermula pertandingan.

Di dalam ucapan di hadapan para pemain, ADUN Changkat Jong telah mengingatkan mereka agar mengambil iktibar dalam perlawanan bola sepak. Antaranya ialah pengamalan disiplin diri pemain kepada peraturan permainan bola sepak yang mana ia menunjukkan betapa sebagai muslim, individu muslim perlu mematuhi apa sahaja peraturan yang disyariat oleh agama Islam.


"Jika kita sanggup mematuhi peraturan di dalam perlawanan bola sepak demi mencapai kemenangan, apatah lagi hidup di dunia ini, kita juga perlu mematuhi apa sahaja perintah Allah demi mencapai keredhaanNya dan seterusnya mencapai kemenangan di akhirat."

Di samping itu, YB Anuar Sudin juga menasihati para pemain agar sentiasa berusaha meningkatkan ilmu agar mampu bersaing dalam bidang pekerjaan serta yang penting ialah apabila berilmu, mereka akan dapat membuat pilihan terbaik seperti memilih pemimpin negara dan sebagainya.

Sebanyak 12 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Perlawanan akhir pada sebelah petang pula telah menyaksikan pertemuan di antara pasukan Seri Perkasa dan Darul Mas yang berkeputusan pasukan Seri Perkasa menjadi johan pertandingan.

Upacara penutupan telah disempurnakan oleh Penaung KERABAT, YB Dato' Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Penasihat KERABAT Laksamana Hj. Imran Hj. Abdul Hamid. Turut sama hadir ialah Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran, ADUN Hutan Melintang YB S. Kesavan dan pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan, Pasir Salak, Bagan Datoh serta KERABAT.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan