TELUK INTAN, 2 Disember - Rakyat perlu membuat pilihan yang tepat dalam PRU13 yang akan menjamin kesejahteraan generasi akan datang. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin semasa menyampaikan ceramahnya di Kg. Sungai Nipah Tengah, Bagan Datoh dekat sini.
"Pilihan yang tepat bermaksud rakyat perlu berani membuat perubahan dengan memilih PR bagi menggantikan Bn yang telah terbukti pelbagai kezaliman dan ketidakadilan ke atas rakyat selama lebih 50 tahun.Pilihan yang kita buat, akan menjamin kesejahteraan anak cucu kita kelak," tambah beliau.
Dalam ceramah itu juga, beliau telah menerangkan beberapa isu semasa nasional seperti isu negeri Selangor serta kejayaan negeri-negeri PR berbanding negeri di bawah BN.
Ceramah tersebut juga berbentuk dua hala dengan para hadirin telah mengemukakan beberapa persoalan yang telah dijawab oleh ADUN Changkat Jong itu.
intanhijau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan