Di dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) hari ini, Najib telah menyalahkan pimpinan dan ahli bawahan yang menyebabkan wujudnya ketidak adilan dan diskriminasi dalam kalangan rakyat.
Cuba baca :
Bagaimanapun, Najib mengakui bahawa pilihan raya akan datang adalah sukar, kerana pengundi akan berubah mengikut isu semasa.
“Sebelum ini, kita boleh cuma letak songkok untuk jadi calon dan kita masih menang.
“Sekarang kita kena lihat kehendak rakyat dan memahami kemahuan mereka.”
Najib kemudian mengkritik pemimpin di peringkat akar umbi kerana
gagal mengikut aspirasi pentadbiran BN, yang menjadikan masalah
diskrimikasi dan prajudis.
“Masalahnya bukan di atas, masalahnya di bawah.
“Mereka perlu faham apa yang kerajaan mahukan, jika kita kata kita
mesti melayan rakyat sama rata, kita mesti lakukan perkara itu,” kata
Najib diiringi tepukan gemuruh dalam dewan.
Najib, nampaknya sudah mula mengalihkan kegagalan UMNO/BN kepada akar umbi parti.
Sedangkan, kita semua maklum bahawa puca kepada segala kezaliman dan ketidakadilan di negara ini adalah berpunca dari atas iaitu pemimpin UMNO/BN yang korup, rakus dan zalim dengan merembat sebanyak yang mungkin harta rakyat.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa
yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum
Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau
menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak
melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)
Jadi, bagaimana kita tergamak menyalahkan oranmg bawahan sedangkan kuasa sebenarnya ada pada pemimpin. Pemimpinlah yang mampu mencorakkan orang bawahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan