JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 10 Disember 2013

TOKOH WARTAWAN CADANG ROSMAH JADI MENTERI


Tokoh kewartawanan, Datuk A Kadir Jasin dengan hari ini dengan sinis mencadangkan agar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.

Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Langkah itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno, Sabtu lalu, yang antara lainnya menonjolkan tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir.

Selain itu, Najib turut memuji tindakan Rosmah yang menggunakan hubungan baik dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membolehkan seorang lagi pelajar Malaysia masuk ke negara itu tanpa visa.

pak lah mahathir clash forum 110806 kadir jasin“Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.
"Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

"Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak 'perform' dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

"Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi perdana menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata," katanya.

Katanya, Rosmah boleh dilantik ke jawatan menteri selepas dilantik sebagai senator.
"Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan," katanya lagi.
Kadir dalam tulisan terdahulu bertarikh 21 November lalu turut mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menegur media atas laporan berhubung kunjungan Rosmah ke luar negara.
Menurut Kadir, kenyataan Shahidan itu mencabar petugas media yang melaporkan isu berhubung kontroversi tajaan terhadap lawatan Rosmah ke Qatar itu.
Beliau mengulas kenyataan Shahidan yang dilaporkan berkata, penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak datang ke negara ini.

Kadir yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu menulis, wartawan dan media massa sudah memainkan peranannya melalui laporan positif yang membantu meyakinkan pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Itulah peranan wartawan - menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

"Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?" sindirnya.

malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan