Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan
beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta
penjawat awam dalam Bajet 2014.
Presidennya Datuk Omar Osman (gambar) berkata kerajaan perlu memberi
bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup
terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.
Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan
mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil
kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah
berikutan harga semakin meningkat kini.
Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan
luar Bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua
kawasan tidak banyak berbeza.
Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4% kepada 1% berikutan kenaikan harga rumah.
Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak
mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima
bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati
golongan berpendapatan rendah.
"Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun,
kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk
penjawat awam," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini. – Bernama, 10 Oktober, 2013.
THEMALAYSIANINSIDER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan