JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 2 Oktober 2013

UMNO LEBIH SUKA JIKA RAKYAT JAHIL AGAMA



TELUK INTAN, 1 Oktober - Orang Melayu yang tahu agama pasti tidak menyokong UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang tiada prinsip sama ada memperjuangkan bangsa Melayu apatah lagi memperjuang agama. Oleh itu, UMNO lebih suka rakyat khususnya orang Melayu dalam keadaan jahil agama.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Ustaz Idris Ahmad semasa menyampaikan ceramah sempena Jelajah Solidariti Orang Kena Zalim (OKZ) Ops Bubar baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.









Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyatakan lagi bahawa rakyat yang tidak berilmu juga membolehkan UMNO/BN terus dengan sewenang-wenangnya melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat seperti kenaikan harga petrol dan sebagainya.

"Oleh itu, rakyat negara ini khususnya orang Melayu perlu mendalami ilmu agama yang kini begitu dipelajari di masjid-masjid atau surau-surau. Kita dapati juga, di mana UPU yang kita menang besar ialah di mana masjid di tempat itu subur dengan majlis-majlis ilmu manakala UPU yang kita kalah ialah di mana budaya ilmu tidak hidup di masjid, " tambah beliau lagi.

Ustaz Idris menerima sumbangan OKZ daripada wakil PAS Padang Tembak.

Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.

Sdr. Azhar menyampaikan ceramah.
 


Di dalam majlis tersebut, Ustaz Idris turut menerima sumbangan untuk dana OKZ dari beberapa cawangan. Pada malam itu juga turut dilancarkan kutipan derma untuk tabung dana mangsa OKZ.

Turut sama menyampaikan ceramah ialah Hj. Mohd. Azhar Rafiei mewakilil PAS Negeri Perak dan Ustaz Ismail Che Nik, Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan