Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian
laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi
Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau
dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari
kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang
tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai
diri dan kementeriannya.
Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin.

Baca selanjutnya di sini ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan