PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.
Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di
Yan, Kedah yang sedang berlangsung.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya
tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat
termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah,"
katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang
penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN
Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.
Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat
berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka
berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen
untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat
dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek
seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.
“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.
intanhijau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan