Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam
keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka
menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd
di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan
pada 15 Mac 2014.
Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.
Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.
Pesta liar ini akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit dan pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini.
Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya : "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."

harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan