Enam orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam
Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur
terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis
menasihatkan mereka berbuat demikian.
"Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat
pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014.
"Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami
menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan
berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin," kata
pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook
festival itu.
Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).
Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.
Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.
Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital.
Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.
Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.
Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini.
Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang
pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan
tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat
persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan
mereka dihentikan,” katanya. – 15 Mac, 2014.
themalaysianinsider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan