CANBERRA: Objek yang dikesan oleh imej satelit di
Lautan Hindi di lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370,
dipercayai sepanjang 24 meter, kata pihak berkuasa Australia pada
Khamis.
Dalam pada itu, objek dalam saiz yang lebih kecil turut berjaya dikesan.
"Objek itu tidak kelihatan dengan jelas. Pada saya, objek itu
mempunyai saiz munasabah dan mungkin terapung di atas permukaan air.
"Saiz terbesar objek itu adalah sepanjang 24 meter. Namun objek yang
lagi satu adalah lebih kecil sedikit," katanya pegawai Pihak Berkuasa
Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.
mstaronline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan