JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 11 Mac 2013

ADUN CHANGKAT JONG MERAIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PEMUDA


TELUK INTAN, 10 Mac - Di dalam kesibukan sepanjang hari, ADUN Changkat Jong tidak melupakan jemputan pihak Pemuda PAS untuk menyaksikan perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pada sebelah petang.

Perlawanan persahabatan adalah di antara pasukan Pemuda PAS Teluk Intan dan Fitness Fun Club.  Ia telah menarik ramai para pemuda yang hadir bermain dan menyaksikan perlawanan tersebut. YB Anuar yang turut hadir, telah disambut mesra oleh para pemuda.


Menurut seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Nazir Yusuf, pihak Pemuda Kawasan telah mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan antara pihak Pemuda Kawasan sendiri dengan beberapa pasukan bola sepak di sekitar Teluk Intan. Beliau berharap, perlawanan persahabatan seperti ini dapat mengeratkan lagi antara pihak Pemuda Kawasan dengan orang-orang muda. Beliau juga berkata, buat kali pertamanya pasukan Pemuda PAS menggunakan jersi bertulis DUN Changkat Jong, DUNSejahtera sebagai sokongan kepada usaha YB Anuar.
Aksi hebat para pemain.


Beliau juga mengucapkan terima kasih serta berbesar hati atas kehadiran ADUN Changkat Jong yang sentiasa memberikan sokongan kepada setiap program Pemuda PAS Kawasan.

YB Anuar juga sempat bergambar kenangan dengan para pemain. Di dalam pertandingan tersebut, Pasukan Pemuda PAS Teluk Intan telah berjaya menewaskan Pasukan Fitness Fun Club dengan jaringan 6 gol berbalas 2.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan