JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 25 Mac 2013

ADUN CHANGKAT JONG RASMI KEDAI BUKU


TELUK INTAN, 24 Mac  - Baru-baru ini ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin telah merasmikan sebuah kedai buku di Sejati Waterfornt, Taman Melor dekat sini. Kedai buku yang diberi nama Pustaka Abu Ubaidah itu telah diusahakan oleh beberapa orang anak muda.

Majlis bermula dengan bacaan surah Yasin.


Upacara bermula dengan bacaan surah Yasin dan seterusnya ucapan aluan oleh peneraju Pustaka Abu Ubaidah, Ustaz Wan Azli Wan Chik. Malam perasmian kedai tersebut turut mengundang kehadiran yang begitu ramai.
Ustaz Wan Azli menyampaikan ucapan aluan.
Ucapan perasmian oleh YB Anuar.


Seterusnya, YB Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan perasmian. Di dalam ucapan, beliau mengagumi usaha anak-anak muda yang sanggup membuka sebuah kedai buku yang menjual buku-buku agama dan akademik di samping menjual barangan ibadah. Bagi beliau usaha tersebut dianggap satu usaha yang murni kerana ia secara langsung dapat menyebar luaskan ilmu agama kepada masyarakat setempat.

Selepas perasmian, YB Anuar mengambil kesempatan mengunjungi kedai buku tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan