JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 14 Mac 2013

DHPP TELUK INTAN MENYUMBANG KERUSI RODA KEPADA WARGA EMAS


TELUK INTAN, 13 Mac - Slogan DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera dengan bermaksud memberikan perkhidmatan serta kebajikan kepada kepada rakyat. Usaha tersebut berterusan sejak PAS telah memenangi DUN Kawasan Changkat Jong pada PRU12 2008 lepas. Ia meliputi pelaksanaan pelbagai program kebajikan demi mencapai kesejahteraan rakyat.

Usaha murni telah disambut baik oleh sayap baru PAS iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Teluk Intan. Baru-baru ini, Ketuanya, Sdr. Hacharan Singh telah memberikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas yang uzur. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Sdr. Hacharan Singh di kediaman warga emas tersebut di Taman Muhibbah, Batu 1, Jalan Changkat Jong dekat sini. Turut hadir ialah beberapa orang  ahli jawatankuasa DHPP Teluk Intan.

Menurut Sdr. Hacharan, usaha kebajikan sebegini sememangnya dilakukan oleh pihak DHPP selepas kemenangan YB Anuar Sudin pada PRU12 yang lalu.

"Pihak kami sentiasa menyokong serta membantu setiap program parti dan pihak ADUN Changkat Jong sendiri. Malah kami sentiasa bersama-sama YB Anuar dalam setiap program bersama masyarakat bukan Islam di sekitar Teluk Intan khususnya di kawasan Changkat Jong," jelas beliau.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan