JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 12 Mac 2013

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN KUNJUNGI IPD HILIR PERAK SEMPENA HARI WANITA


TELUK INTAN, 12 Mac - Sempena menyambut Hari Wanita Sedunia pada bulan ini, seluruh Dewan Muslimat kawasan telah menziarahi balai-balai polis di seluruh negara. Dewan Muslimat PAS Teluk Intan tidak ketinggalan dengan mengunjungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.


Rombongan Dewan Muslimat PAS Teluk Intan telah diketuai oleh ketuanya, Pn. Rabiatun Mohd. Abas serta beberapa orang ahli jawatankuasa dewan. Turut serta ialah isteri ADUN Changkat Jong, Pn. Hjh. Faridah Rajiah yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.

Kehadiran rombongan dewan muslimat telah disambut mesra oleh para pegawai polis wanita. Mereka terus dijemput masuk sambil beramah mesra.



Menurut Pn. Rabiatun, kunjungan tersebut adalah sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia pada bulan ini.

"Kita ingin meraikan para pegawai polis wanita yang bertugas di IPD Hilir Perak. Kita menghargai pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan rakyat. Di samping itu, diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak PAS itu sendiri khususnya dengan Dewan Muslimat PAS kawasan, " tambah beliau.

Dalam majlis ringkas tersebut, Pn. Rabiatun dan Pn. Hjh. Faridah masing-masing telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada para pegawai polis wanita sambil megucapkan selamat hari wanita kepada mereka.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan