JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Jumaat, 22 Mac 2013

LUJNAH KEBAJIKAN PAS TELUK INTAN BANTU MANGSA RIBUT


TELUK INTAN, 22 Mac - Kejadian ribut yang berlaku telah menyebabkan banyak rumah telah rosak di sekitar Teluk Intan. Antara kawasan yang agak teruk dilanda ribut ialah di kawasan Perumahan Awam dekat sini.

Prihatin atas kejadian tersebut, pihak Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah meninjau ke kawasan tersebut. Rombongan misi DUN Sejahtera ini telah diketuai sendiri Ketua lujnahnya, Hj. Mohamad Akram Mohamad Yusuf. Beliau mewakili ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin yang kebetulan berada di luar kawasan.



"Pihak lujnah telah pergi meninjau di beberapa rumah yang rosak teruk akibat ribut di Perumahan Awam. Hampir 120 buah rumah telah mengalami kerosakan di mana sebahagian besarnya rosak bahagian bumbung akibat diterbangkan angin," kata beliau.

Beliau yang juga merupakan Pembantu Khas kepada ADUN Changkat Jong berkata pihak Lujnah Kebajikan telah mengenalpasti beberapa buah rumah yang boleh dibantu oleh pihak lujnah dan ADUN Changkat Jong dari segi bantuan atap dan kos membaiki kerosakan.
Mangsa ribut, Hj. Khatib bersama Hj. Mohamad Akram.
Seorang penduduk sedang sibuk membaiki atap rumah yang rosak.


Dalam lawatan tersebut, kelihatan beberapa orang penduduk sedang membaiki rumah yang rosak. Menurut seorang mangsa ribut, Hj. Khatib bin Mohd. Arif,68, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang. Angin kencang serta hujan lebat yang telah menyebabkan tujuh rabung rumahnya telah rosak. Beliau berharap kerosakan tersebut dapat dibaiki secepat mungkin memandangkan cuaca mutakhir tidak menentu.

Bersama petugas BN dalam membantu mangsa ribut.

Hj. Mohamad Akram juga berkata, pihaknya juga tiasa masalah bekerjasama dengan pihak BN yang turut menghulurkan bantuan dari segi memberikan maklumat tentang rumah-rumah yang perlu dibantuan segera. Pada hari itu, beliau dan rombongan telah singgah di Bilik Gerakan BN untuk menyampaikan maklumat mangsa ribut.

Antara yang turut hadir dalam lawatan tersebut ialah bendahari Lujnah Kebajikan, Hj. Manan Ahmad dan Hj. Sulaiman Abdullah, AJK PAS Cawangan Rumah Awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan